Archive for the ‘ World ’ Category

Bandaraya KL Disasarkan Duduki 20 Tangga Teratas Dengan Pendapatan US $15,000 Menjelang 2020 – Dato’ Raja Nong Chik

MELAKA, 11 April (Bernama) — Bandaraya Kuala Lumpur disasarkan menduduki tangga 20 teratas dalam indeks boleh berdaya huni dengan pendapatan tinggi sebanyak US$15,000 menjelang 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pada masa ini, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-79 daripada 130 bandaraya dalam indeks boleh berdaya huni mengikut Economist Intelligence Unit (EIA), sebuah badan penyelidikan Amerika Syarikat.

“Antara bidang yang akan diberi penekanan dalam usaha melonjakkan Kuala Lumpur di persada antarabangsa ini termasuk peningkatan kemudahan pengangkutan dan aspek kehijauan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Penduduk 2011 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seminar tiga hari berakhir hari Isnin dihadiri oleh lebih 200 wakil penduduk seluruh Kuala Lumpur. Ia dirasmikan oleh Datuk Bandar DBKL Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Bajet DBKL dan juga penerangan mengenai “Greater KL” dan tempat-tempat ikonik.

Beliau berkata program transformasi Kuala Lumpur itu juga sebagai memenuhi program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).

Raja Nong Chik berkata bidang pengangkutan mengambil masa untuk ditingkatkan kerana penambahbaikan infrasturuktur mengambil masa dan kesannya tidak akan dilihat dalam masa yang cepat.

Mengikut laporan DBKL, mod pengangkutan awam Kuala Lumpur mencakupi 12 peratus mengikut data 2009 berbanding kawasan metropolitan utama lain seperti Singapura, Hong Kong dan Tokyo, yang mempunyai mod pengangkutan awam lebih tinggi yang melebihi 50 peratus.

Mengulas lanjut, beliau berkata EIA juga mengambil kira elemen kebersihan dan kehijauan bagi penarafan bandaraya boleh berdaya huni.

Beliau berkata pendapatan tahunan sebanyak US$7,000 isi rumah penduduk Kuala Lumpur pada masa ini perlu dilonjakkan dua kali dalam mencapai sasaran US$15,000 dalam tempoh 10 tahun ini.

Sumber: BERNAMA

Keji kekejaman zionis

Salam 1Malaysia,

Sana sini orang bercerita pasal siri kekejaman zionis. Menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Semenanjung Gaza. Satu dunia kutuk perbuatan mereka. Kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 sukarelawan dari Malaysia mendapat perhatian dari rakyat-rakyat Malaysia. Ada juga di antara kita yang kurang memberi perhatian. Tak kesahlah, tapi inilah yang berlaku sekarang. Zionis sudah tidak malu dan tidak gentar memperlihatkan tindakan tidak berasas mereka yang telah lama dilakukan, cuma tidak mendapat perhatian umum. Kali ini, seolah-olah mereka ingin mengatakan bahawa merekalah kuasa terbesar dan terhebat di dunia. Betulkah?

Raja Nong Chik pun turut kutuk perbuatan keji mereka ni. Raja Nong Chik utarakan pendapat beliau dalam Laman Facebooknya. Kalau kita tidak perihatin dan tidak marah terhadap tindakan mereka, pada pandangan saya, itu sudah menunjukkan kita setuju dengan tindakan mereka. Seperti mana kita lihat pencuri sedang menyelinap masuk ke rumah jiran kita. Adakah kita akan berdiam diri dan bersyukur kerana bukan rumah kita yang terkena? Setidak-tidaknya sepatutnya kita akan hubungi pihak polis, betul tak? Ada kemungkinan suatu hari nanti perkara yang sama akan terjadi pada rumah kita. Dan mesti kita berharap jiran kita akan hubungi polis, betul tak? Jadi, betullah mereka kuasa besar?

Takut dan pentingkan diri sendiri seterusnya akan menyebabkan ia menjadi satu kenyataan. Jika tiada tindakan untuk menyekat mereka dari terus memperlihatkan aksi kurang ajar mereka, jadi mereka ingat merekalah kuasa yang tiada sesiapa pun berani sentuh. Itulah yang mereka sedang rasa sekarang. Megah dengan diri sendiri yang tiada kuasa lain di dunia ini yang  mampu menyekat mereka. Bagus sangatkah mereka?

Bagi saya, mereka tidaklah hebat mana dari segi kekuatan tentara dan kuasa. Tapi apa yang mereka kuat adalah pengaruh politik dan ekonomi. Sudah banyak analisis yang telah dibuat oleh orang-orang terpengaruh dunia, tapi orang umum seperti tidak ambil endah. Bila sudah terjadi trajedi seperti ini, mereka akan bertanya, “jadi, apa yang boleh kita buat?” “mereka kuasa besar, kita yang kerdil ini, apalah kesannya pada mereka” dan banyak lagi seumpama.

Mereka ni sangat bergantung pada kuasa ekonomi mereka. Ekonomi mereka luas. Seluruh pelusuk dunia diterokainya. Nestle, Boss, Calvin Klein, Carrefour, Coca cola, Clinique, Disney, Gap, L’oreal, Marks&Spencer, Maybelline dan banyak lagi. Seperti juga negara-negara lain, produk-produk keluaran tempatan mereka ni, wajib bayar cukai pada kerajaan mereka dan duit-duit itulah yang digunakan untuk membeli senjata dan kelengkapan perang untuk menunjukkan mereka adalah kuasa besar di dunia ni. Jadi? Jangan beli barang buatan mereka. Takkan lah tak minum milo, akan mati kering esok nya. Gantilah dengan produk lain, seperti Cadburry etc. Barangan make up Maybelline, boleh diganti dengan yang lain seperti Produk Dato’ Siti kita, Simply Siti atau Silly Girl.

Mereka tidak akan lemah dalam sekelip mata, tapi tangan kitalah yang boleh mempengaruhi. Tak percaya? Cuba lihat saham Nestle, dalam beberapa hari ni telah jatuh teruk.

Saham Nestle Jatuh

Saham Nestle Jatuh