Posts Tagged ‘ kuala ’

Kecoh di Jalan P.Ramlee

Salam,

Hari tu kecoh habis. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin keluarkan arahan supaya 5 Kelab yang terkenal di kawasan tersebut, tidak dibenarkan mengadakan persembahan ‘live’ atau persembahan dj di tapak perniagaan mereka.

Ini petikan berita di ambil dari NST.

Ban on live band takes toll on nightclub business
By Noel Achariam and Halim Said

2010/01/04

KUALA LUMPUR: Loud music which could usually be heard booming from several popular clubs in Jalan P. Ramlee was conspicuously absent yesterday following City Hall’s New Year’s Eve decision to revoke their entertainment licences.
Business is usually slow on a Sunday night but a check at the affected clubs showed that the premises were practically deserted.

Five popular clubs — the Beach Club, Thai Club, Aloha, Poppy Garden and Rum Jungle — have been barred from having any live band or deejay performing at their premises from Jan 1.

City Hall said the decision was made following complaints about the loud music from the clubs. A City Hall spokesperson said the clubs had been given warnings prior to their licences being revoked.

The spokesperson, however, declined to give more details.

Attempts to get comments from mayor Datuk Ahmad Fuad Ismail were unsuccessful.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin is out of town and is only expected to be back tomorrow.

Some of the bands that were supposed to be performing live at the clubs on New Year’s Eve are now jobless as they are bound by the performing contract.

There are concerns that the decision would have a negative impact on the city’s tourism as the clubs are popular with tourists and the area is considered one of the city’s entertainment hotspots.

……

Saya percaya tindakan Raja Nong Chik itu adalah untuk kesejahteraan bersama. (Nama lagi menteri kesejahteraan bandar, jadi memang tugas beliau buat semua ni)

Pada pendapat saya, memang patut aktiviti-aktivit sedemikian dikurangkan. Bukan sahaja ia menjadi tempat maksiat, malah mengganggu keamanan dan kesejahteraan orang sekeliling. Memang benar saya tidak pernah ‘menikmati’ hiburan sebegitu. Jadi kenapa saya bising-bising? Mereka berniaga. Perniagaan mereka adalah untuk kesenangan orang sekeliling. Pabila perniagaan mereka hanya menyenangkan minoriti, dan menimbulkan ketidak-selesaan dan kemarahan golongan majoriti, apa kata kaji balik elokkah perniagaan mereka itu.Memang benar mereka juga bayar cukai kepada kerajaan. Tapi adakah berbaloi?

Kita tanyalah diri kita sendiri. Apa-apa pun, saya rasa tindakan Raja Nong Chik itu bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Bukan senang nak berlaku adil pada semua, tapi kita berusaha dan insyaAllah, kita akan nampak hasilnya.

Advertisements

KL prihatin

I’ve been thinking about where KL will be in the near future, since the first day Raja Nong Chik sat on the FT Minister’s chair. Maybe Raja Nong Chik wants to make KL as  Malaysia’s centre of economic, but seeing Raja Nong Chik care more about people’s welfare make me think that he might want to make KL as a nice place for every sector and for every level of Malaysians.

raja nong chik

He can say by words how he wants KL to be, but we can only understand it by what kind of changes he makes in order to achieve what he targeted.

Here is an article I took from Berita Harian Online, about one of the aims that Raja Nong Chik had talked about.

~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!

Sentral: Warga kota terhimpit

Oleh Hanisah Selamat

Nong chik tekad jadikan KL prihatin golongan berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR: Ramai menganggap warga kota hidup senang lenang dan bergaji besar, sedangkan hakikatnya dengan jumlah ahli keluarga serta tanggungan ramai, sebilangan daripada mereka terhimpit hingga tertekan dan mula menyalahkan kerajaan.

Ini diakui Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang bertekad merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelas pertama yang prihatin terhadap warganya terutama golongan terbabit yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

“Pelbagai agenda serta perancangan berterusan dirancang di peringkat kementerian dan agensi berkaitan bagi membantu golongan itu sekali gus membasmi kemiskinan bandar yang sememangnya menjadi misi kerajaan sejak dulu.

“Mereka yang bukan dari kelompok miskin tegar juga turut menerima sokongan sewajarnya berdasarkan keperluan seperti skim bantuan persekolahan, pemberian lesen penjaja atau kemudahan Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya kepada Sentral di sini, semalam.

Beliau berkata, mengikut populasi kepadatan, 63 peratus penduduk adalah di bandar besar dengan 53 peratus daripadanya orang Melayu.

“Dengan penambahan skop Kesejahteraan Bandar yang merangkumi pelbagai aspek, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pelaksana dasar, lebih banyak agensi lain akan membantu.

“Begitu juga dengan sasaran setinggan sifar, sememangnya PPR sedia ada cukup untuk menampung setinggan di tanah kerajaan, namun kita masih mengamalkan diplomasi dengan memberikan tempoh tertentu untuk memastikan semua pihak terutama penduduk mendapat manfaatnya,” katanya.

Mengulas mengenai tawaran Skim Pembelian PPR, Raja Nong Chik berkata, daripada 36,000 borang yang diedarkan kepada penyewa, lebih 50 peratus sudah diisi lengkap menandakan rakyat menyambut baik usaha kerajaan menawarkan rumah mampu milik kepada golongan sasaran.

“Tawaran dibuka hingga akhir bulan ini, malah pesara juga boleh menggabungkan nama anak atau saudara terdekat untuk memohon pinjaman manakala Skim Jaminan Pinjaman Kredit turut ditawarkan untuk pemohon yang tidak mempunyai pengesahan pendapatan.

“Bagi penyewa di PPR yang tidak dijual, mereka akan ditawarkan membeli unit di PPR lain kerana banyak faktor menyebabkan unit sewaan mereka tidak dijual termasuk usianya yang sudah terlalu lama selain perancangan pembangunan,” katanya.

Antara tumpuan utama lain adalah sistem pengangkutan awam dengan memperluas rangkaian pengangkutan LRT hingga ke Puchong, Kota Damansara ke Cheras dan Subang Jaya sekali gus mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian ke bandaraya dan mengelakkan kesesakan di laluan keluar masuk Kuala Lumpur.

Katanya, Skim Penyuraian Trafik sekitar Brickfields dan Bangsar dengan peruntukan berjumlah RM110 juta untuk mengatasi masalah kesesakan juga akan dijalankan secepat mungkin yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk disempurnakan.

Source: Berita Harian Online

~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!