Posts Tagged ‘ derma ’

Dua beradik OKU terima sumbangan

Dua beradik OKU terima sumbangan dari Raja Nong Chik

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (bertali leher) menyampaikan sumbangan kepada Zaiton Osman sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Mohd. Isa (dua dari kiri), wakil UOA (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin Jaafar.

KUALA LUMPUR 16 Mac – Dua beradik orang kurang upaya (OKU) di sini menerima kejutan apabila mereka dikunjungi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

Kunjungan itu dibuat bagi menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM4,500 kepada mereka, yang terlibat dalam kejadian kebakaran kecil di rumah mereka di Blok 20 Taman Bukit Angkasa, Taman Bukit Angkasa semalam.

Zaiton Osman, 51, dan adiknya, Azhari Osman, 47, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah mereka.

Bantuan yang disampaikan adalah hasil sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan sebanyak RM1,000, syarikat pemaju UOA (RM3,000), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM300) dan UMNO Bahagian Lembah Pantai (RM200).

Raja Nong Chik meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk meninjau tempat kejadian dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada dua beradik berkenaan.

Semalam, wakil dari pejabat Khidmat Masyarakat UMNO Lembah Pantai telah melawat mangsa bersama wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membantu mendaftarkan mereka dalam senarai program e-Kasih bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Menderma sambil makan

Ada baca tak statistik pasal penyakit strok? Meh kita cari kejap.

Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Source: Dr.Dean

Banyak sebab-sebab dan punca-punca terjadinya penyakit ni cuma kita rasa kita masih belum sampai ke situ. Dan perasaan syok sendiri itulah yang menyumbang ke arah penyakit ini.

Tolak ke tepi dahulu pasal punca-punca dan sebab tu semua. Apa yang saya amat prihatin sekarang ni kurangnya keprihatinan kita terhadap pesakit-pesakit strok ini. Ini ada petikan dari surat khabar utusan yang saya rasa kita perlu beri perhatian. Ini bukan pasal kaya atau miskin, bukan pasal ada ubat atau tidak, bukan juga pasal entah orang tua siapa entah. Tapi semua ini pasal kemanusiaan dan orang seangkatan dengan kita.

Ini petikan tersebut.

ARKIB : 10/11/2009

Makan sambil menderma

Oleh MERAN ABU BAKAR

”Agar pesakit-pesakit ini tidak berasa tersisih dan merasakan diri mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat, sebulan sekali kami membawa mereka ke luar seperti berjalan-jalan ke Bukit Tinggi, Melaka dan KLCC,” katanya yang aktif dengan kerja-kerja sukarela.

Tengku Rafidah berkata, sesiapa sahaja yang ingin membantu dengan menjadi pekerja sukarela amat dialu-alukan. Mereka akan diberikan latihan dan kursus pendek bagaimana hendak mengendalikan pesakit-pesakit strok.

ACARA makan-makan bagi mengutip derma atau sumbangan bagi sesuatu persatuan kebajikan sudah menjadi lumrah di negara asing seperti United Kingdom.

penyakit strok - raja nong chik

Sesi senaman bagi menggerakkan otot-otot yang dikendalikan oleh fisioterapis.

Bagaimanapun acara ini masih lagi baru di Malaysia dan ingin diperkenalkan agar ia mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan mungkin boleh dijadikan acara tahunan.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kutipan Amal Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam), Tengku Rafidah Tengku Mustapha, semasa ditemui di Pusat Terapi Angin Ahmar, Kuala Ampang, Ampang baru-baru ini.

Katanya, Nasam Ampang telah turut mengambil bahagian dalam acara Sarapan Terbesar Malaysia yang bermula pada 30 hingga 31 Oktober lalu.

”Walaupun masih baru di Malaysia tetapi kami akan cuba mengadakan acara seperti ini setiap tahun. Sesiapa pun boleh menyertainya dengan menjadi tuan rumah pada sarapan yang diadakan di rumah, pejabat, pusat beli-belah dan sebagainya.

”Tuan rumah boleh menyediakan sarapan dan menjemput kawan-kawan, jiran atau saudara-mara datang ke rumah mereka. Setiap yang datang boleh menikmati sarapan yang disediakan dengan membayar sejumlah wang contohnya, RM20 seorang. Jadi sambil makan, mereka boleh menderma untuk kebajikan,” ujar Tengku Rafidah.

Beliau menambah, pada acara pagi itu, Nasam Ampang telah menjemput seramai 95 orang pesakit angin ahmar pusat itu untuk menyertai acara Sarapan Pagi Terbesar itu. Kebanyakannya datang dari kawasan Ampang sendiri dengan ditemani oleh anak-anak atau pembantu.

Bayaran

Setiap seorang membayar sebanyak RM10 bagi mendapatkan sarapan Inggeris dan Malaysia seperti nasi lemak, seketul roti manis, telur hancur, sosej, kopi atau teh. Jika inginkan minuman teh tarik, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1. Sarapan pagi itu telah ditaja oleh pihak Nestle.

Jelasnya, hasil kutipan derma ini akan digunakan bagi menguruskan pusat terapi angin ahmar ini.

Sebelum acara bermula, pesakit-pesakit strok itu menjalani sesi senaman ringkas yang dikendalikan oleh fisioterapis dan terapis pertuturan bertauliah. Mereka turut dibantu oleh pelajar-pelajar dari Masterskill.

Menurut Tengku Rafidah lagi, pusat ini dibuka sejak enam tahun lalu dan sehingga kini mempunyai seramai 50 orang pesakit. Setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RM200 sebulan bagi menjalani terapi sebanyak lima kali seminggu.

Mereka akan menjalani terapi seperti berjalan, belajar bagaimana mengawal tangan atau kaki atau menggerakkan anggota tubuh.

”Terdapat tiga sesi terapi, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi, 11 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang.

”Pesakit dimestikan datang dengan ditemani sama ada anak, saudara atau pembantu rumah. Terapi seperti ini bagus untuk pesakit angin ahmar yang baru keluar hospital kerana setelah menjalani terapi, mereka akan cepat pulih. Jika lama terbiar di rumah, peluang untuk mereka pulih mengambil masa. Ada pesakit strok yang telah pulih dan kembali belajar di kolej.

Source: Utusan Malaysia

Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Kita yang tidak merasa ini, boleh fikir atau kata macam-macam. Tapi tiada jaminan bahawa kita tidak akan berada di tempat mereka yang sedang sengsara sekarang.