Posts Tagged ‘ kampung ’

Kampung baru dah berusia 111 tahun

Kampung Baru Berusia 111 Tahun Esok

Pasar Malam Kg Baru

Pasar Malam Kg Baru

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun esok.

Sehubungan itu pelbagai program sambutan yang julung-julung kali diadakan bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn Bhd bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.

Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn Bhd, Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula esok dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau.

Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya.

“Sambutan buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) ini bertujuan untuk menghargai dan mengenang kembali perjuangan mereka yang telah tiada mahupun yang masih ada di kampung bersejarah ini.

“Di samping itu, ia bagi mengabadikan kenangan 111 tahun kewujudan pentadbiran MAS Kampung Baru di ibu kota Kuala Lumpur.

“Angka 111 tahun merupakan angka unik dan MAS sebagai satu lembaga di bawah kaum Melayu dilihat sebagai pentadbir yang teguh yang mempertahankan sebuah kampung yang berjuang untuk orang Melayu.

“Tanggungjawab sebagai orang Melayu yang mementingkan sentimen Melayu menjadi pendorong untuk mengadakan sambutan memperingati perjuangan bangsa sendiri dalam mempertahankan sebuah kampung yang pernah ditadbir penjajah suatu masa dahulu,” kata Ishak kepada Bernama.

Beliau yang juga Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan Kita memberitahu antara program sambutan ialah Hari Kesihatan pada Sabtu ini bermula 8 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai program disediakan seperti senaman, derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma dan peraduan untuk kanak-kanak yang akan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.

Selain itu, penduduk dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa juga berpeluang menyertai Hari Sukan dan Permainan Tradisional pada Ahad ini dilokasi yang sama.

Forum Perdana bertajuk “Bermula Di sini – Kampung Baru” akan diadakan pada Selasa depan juga di Kelab Sultan Sulaiman, Karnival Kampung Baru (12 Jan), Hari Hijau (15 Jan), Hari Kesenian dan Warisan (16 Jan) serta Karnival Futsal selama dua hari bermula 22 Jan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dijadual menghadiri Karnival Kampung Baru pada 12 Jan dan seterusnya melancarkan Pameran MAS Kampung Baru (Tiga Alam) yang merujuk kepada MAS yang mentadbir Kampung Baru di bawah pentadbiran British dan pendudukan Jepun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Dipetik dari BERNAMA

Advertisements

Sultan Selangor Sokong Pembangunan Kampung Baru – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong dan bersetuju dengan keputusan kerajaan membangunkan Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu, mesti dikekalkan.

“Baginda mengalu-alukan pembangunan Kampung Baru. Yang penting baginda bertitah jangan lupa sejarah yang ada di Kampung Baru.

“Dua mercu tanda ini, baginda minta jangan diubah, boleh diubahsuai, tetapi jangan dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal kawasan Lembah Pantai hari Rabu.

Raja Nong Chik yang mengadap Sultan Selangor semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengingatkan supaya ciri-ciri dan kepentingan orang Melayu dipertahankan, seiring pengkomersialan tanah di Kampung Baru agar setimpal dengan harga pasaran pada ketika ini.

“Ini supaya pemilik dan pewaris tidak terlalu jauh mereka punya harga dengan harga pasaran. Jadi, kita perlu mencari satu model yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai model yang sesuai dan akan diserahkan kepada pemilik serta pewaris untuk dipilih.

Terdahulu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Asuhan Hajah Kamariah Kampung Medan.

Sumber: BERNAMA

Kg Baru Development Corporation Bill For Dewan Rakyat In October – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, Aug 21 (Bernama) — A bill to set up a corporation to govern development in Kampung Baru here will be tabled in the Dewan Rakyat at its session beginning in October, Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin said on Saturday.

The draft of the Kampung Baru Development Corporation Bill was now with the Attorney-General’s Chambers, he told reporters after handing over sarong, batik material and “duit raya” (Aidilfitri donations) to 783 poor people and orphans.

The event was organised jointly by the Kampung Baru Jamek Mosque and the Titiwangsa Umno Division at the mosque.

Raja Nong Chik said the corporation, which would be operational next year, would serve as the governing body for development in Kampung Baru, a 110-year-old enclave spread over 90.2 hectares and comprising seven village-like sectors with a population of 35,000 in the heart of this city.

At the event, the popular Kampung Baru Mosque “bubur lambuk” (a rice porridge with herbs) was distributed to the aid recipients and other people in Kampung Baru, as part of the personal contribution of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib and Rosmah had contributed 50 huge pots of the “bubur lambuk” to be served to the people on Aug 18, 21 and 25. The mosque serves the porridge daily during the Ramadan fasting month.

Source : BERNAMA

Tak kebulur di Jalan TAR

Places to eat are scattered throughout the district, with stalls concentrated along Jalan Doraisamy near the Heritage Row and Jalan Raja Abdullah in Kampung Baru (for Malay food); Chinese coffeeshops along Jalan Tuanku Abdul Rahman and lanes off it, and Chow Kit; Indian in the Jalan Masjid India area; and upmarket restaurants on Heritage Row.

Jalan TAR

Jalan TAR

Budget

* Yut Kee, 35, Jalan Dang Wangi. Tel: +60-3-26988108 – A true KL establishment, this Chinese coffeeshop is famous for its Hainanese-style chicken chop and roti babi, pork sandwich.

* Kampung Baru is a Malay food haven at affordable prices. Non-touristy & in traditional kampung setting. Over 100 stalls available. Most are open 24 hours. LRT station : Kampung Baru, or Monorail station : Chow Kit. A popular spot, “La Cuisine” is a 24-hour food court offering a variety of local & western foods.

kmpg baru

kmpg baru

Mid range

* Coliseum Cafe and Bar, 98 Jln. Tuanku Abdul Rahman. A KL legend, this colonial-style hangout hasn’t changed its appearance or staff in over 80 years. Service is surly and the tablecloths could use a good wash, but their Western food, particularly the “sizzling” steaks on a hot plate (from RM35), is still one of the best deals in town. Also try a freshly mixed shandy (beer and lemonade, RM8) in the adjacent smoky bar.

Coliseum

Coliseum

****
Drink

Nightlife in this district is either of the partying variety at Heritage Row, as Jalan Doraisamy is now popularly known as, or the “hanging out at the Mamak stall” kind. As for the latter, Mamak stalls (stalls or food shops run by Indian Muslims) can be found everywhere but the most popular is actually just next to Heritage Row, nearer the intersection between Jalan Doraisamy and Jalan Dang Wangi.

Clubs and bars

* Bar SaVanh/Cochine,64, Jalan Doraisamy. Tel: +60-3-26971180.
* The Loft
* Cynna Bar

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur