Posts Tagged ‘ raja datuk nong chik ’

Kenduri tahlil dan kesyukuran

Raja Nong Chik menghadiri kenduri tahlil dan kesyukuran di rumah Zamaluddin di Kampung Pasir Baru, 11 Julai 2009.

Raja Nong Chik menghadiri kenduri tahlil dan kesyukuran

Raja Nong Chik menghadiri kenduri tahlil dan kesyukuran

Raja Nong Chik menghadiri kenduri tahlil dan kesyukuran

Raja Nong Chik menghadiri kenduri tahlil dan kesyukuran

Gambar-gambar di atas diambil dari Flickr Raja Nong Chik.

Advertisements

Raja Nong Chik tolak lagi

Biasakah baca berita pasal hantar tolak hantar tolak antara pemaju dan Raja Nong Chik. Ya, kisah tanah mendap di Jalan San Peng pada akhir bulan lalu. Memang gempar masa tu. Bukan selalu kita dengar atau baca kisah seperti ini terjadi dalam negara kita ni. Kita baru saja dikejutkan dengan kisah tanah runtuh. Lepas tu tanah mendap?

tanah mendap di jalan san peng - raja nong chik

raja nong chik 2

tanah mendap di jalan san peng - raja nong chik

tanah mendap di jalan san peng

Raja Nong Chik minta pemaju buat laporan mengenai hal itu, supaya kwp dapat teruskan dengan tindakan yang sepatutnya. Tapi apa pula dengan kisah hantar tolak hantar tolak ni.

Nong Chik tidak puas hati

Metro juga beritakan hal yang sama.

Laporan kedua juga tak lengkap

Kejadian tanah mendap di Jalan San Peng tu bukan boleh dibuat main-main. Pasti ia berlaku bersebab dan sudah menjadi tanggungjawab pemaju untuk menyiasat apa yang terjadi sebenarnya. Bukan suka-suka Raja Nong Chik nak tolak laporan yang dikemukakan oleh pemaju, dan bukan setakat sekali tapi 2 kali.

Kemudian Raja Nong Chik beri lagi tiga minggu kepada pihak pemaju supaya datang dengan laporan yang lebih tepat.

DBKL beri tiga minggu lagi kemuka butiran punca mendap

Mungkin kita masih tidak sedar betapa seriusnya perkara ini, hingga laporan kedua pemaju projek pusat beli-belah di Jalan San Peng tu ditolak. Mungkin bila berlakunya kecederaan serius atau lebih teruk, kematian barulah pihak terbabit akan mengambil serius perkara ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada pihak pemaju projek pusat beli-belah di Jalan San Peng tersebut, ataupun kepada pihak-pihak yang terlibat agar mengambil serius perkara ini.  Apa nak jadi sebenarnya dengan bidang pembangunan negara kita. Baru hari tu pasal stadium di Kuala Terrengganu. Lepas tu pasal tanah runtuh. Takkan la kita asyik nak harapkan Raja Nong Chik. Sama-samalah kita jaga negara kita yang tercinta ini.

Raja Nong Chik’s facebook hour

Kalau ada yang masih tak tahu, setiap petang rabu (6 – 7 pm) Raja Nong Chik ada luang masa selama sejam untuk berinteraksi dengan rakyat. Terutamanya mendengar komplen dari penduduk KL. Sangat bermanafaat. Hari-hari pergi turun padang tapi hampir setiap rabu sekarang, kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan, Raja Nong Chik akan luangkan masa bersama orang awam. Pada pendapat saya yang setiap hari berada di Kuala Lumpur ni, kecuali pulang ke kampung, aktiviti seperti ini sangat berguna.

Boleh lawati laman facebook Raja Nong Chik di sini: http://www.facebook.com/pages/Raja-Nong-Chik/79189052061

Tapi perlulah ada akaun facebook dahulu, ye! Dan kalau berminat, untuk mengikuti perkembangan Raja Nong Chik ataupun ingin berinteraksi, sama ada membuat aduan ataupun meminta pendapat beliau, bolehlah menjadi fan di laman facebook beliau.

Sangat berguna! Saya sudah pun membuat aduan beberapa kali mengenai jalan berlubang, ataupun kesesakan lalu lintas yang sepatutnya boleh diatasi. Pasti ramai yang tidak percaya betapa cepatnya Raja Nong Chik buat kerja, kalau tidak melihat sendiri.

Ini petikan yang saya ambil dalam notes Facebook Raja Nong Chik, soalan dan jawapannya sekali.

Aduan:

Hambali Mukhlas 15 July:

Laporan untuk penguatkuasa DBKL mengenai kenderaan kereta yang diletakkan di bahu jalan di Batu 3, Jln Ipoh bermula dari HSBC hingga ke Wisma TCL hingga menyebabkan lantai pejalan kaki, kerb jalan pecah dan tersumbat. Harap Dato RNC memanjangkan kes ini kepada pihak yang sepatutnya. Sepanjang pemerhatian saya tiada penguatkuasaan menyebabkan harta awam rosak.

Jawapan:

Salam Hambali. Terima kasih atas soalan. Untuk makluman anda, dari Januari hingga Julai 2009, sebanyak 3,212 notis pelbagai kesalahan lalulintas telah dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan di sekitar lokasi tersebut.

Disamping itu, DBKL juga akan membaiki kerosakan di kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Cadangan:

Tati Builder

Salam Dato’
Untuk pengatahuan dato’ sekitar Kondo Vista Angkasa (stesen LRT Universiti) sangat strategi sebagai tempat tinggal kelas pertengahan bagi warga KL, kawasan tersebut juga didiami oleh ramai anak2 muda yg bekerja di sekitar KL & PJ. Kebanyakan dari mereka juga adalah golongan yg baru bekerja & mungkin ade yg berpendapatan sederhana, jadi mereka mengambil peluang tinggal di kawasan tersebut kerana terdapat sistem jaringan pengangkutan yang sangat efficient (bg yg tidak memiliki kenderaan) Dulu Bertentangan dengan Kondo.Vista Angkasa terdapat banyak gerai2 makan bagi mereka2 yang bujang & juga tempat pertemuan dengan rakan2 atau temujanji (kerana lokasi yg strategik). Tetapi kini telah dirobohkan utk membina jalan yg lebih selesa (Terima kasih). Kini masalah baru timbul apabila mereka sukar untuk membeli makanan kerana rata2 mereka duduk berkongsi menyewa dan tidak memasak di rumah.

Cadangan saya, dbkl mendirikan Gerai berhadapan Shoping Complex Bangsar South (kalau tak silap). Terdapat tanah lapang, bertentangan Old Town White Cofee, laluan naik ke Pantai Panorama.. status sy tak pasti..

Jawapan:

Tati Builder, DBKL telah membina Medan Selera Dataran Seri Angkasa Jaya yang terletak lebih kurang 500 meter dari Kondo Vista Angkasa bagi penduduk dan pengunjung sekitarnya sebagai salah satu lagi pilihan tempat menjamu selera dan membeli makanan.

Untuk pengetahuan anda juga, DBKL pernah ada perancangan awal untuk membina gerai di hadapan ‘Bangsar South’ bertentangan dengan Old Town White Coffee, tetapi kawasan ini didapati tidak sesuai dari segi teknikal, syarat serta struktur tanah.

Cadangan:

Al-azharri Siddiq: 21 July

Dato’, saya bangga dengan kerjkeras dan komitmen kepada warga banadaraya. Cuma satu sahaja harapan saya minta Dato usahakanlah buat Pasar baru bagi Pasar Basah.Buah Chow Kit tu…dah 57 tahun merdeka tak kan tak boleh buat.
(Comments under:Gambar-gambar Majlis Penyampaian Tambahan Sumbangan pada Mangsa Kebakaran Bukit B di pejabat UMNO, 10 Julai 2009)

Jawapan:

AL-azharri, terima kasih atas kata-kata semangat. Berdasarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot dan Kawasan Sekitarnya telah dikenalpasti sebagai zon perdagangan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pernah ada perancangan untuk memperindahkan dan menaiktaraf kawasan Pasar Chow Kit. Walaubagaimanapun sekiranya tapak ini perlu dibangunkan semula, antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan dahulu oleh DBKL adalah halangan-halangan dalam aspek peruntukan kewangan dan kos yang tinggi serta lokasi yang sesuai bagi penempatan sementara 1,500 penjaja sediada.

Walaubagaimanapun pada masa ini DBKL akan memperindahkan kawasan sekitarnya seperti Jalan Raja Bot dan Jalan Haji Hussein 1 secara berperingkat-peringkat. Kerja menaiktaraf seperti Jalan Raja Bot dan Jalan Haji Hussein 1 pada masa ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember 2009.

Banyak lagi aduan, cadangan dan juga lain-lain interaksi dengan Raja Nong Chik yang boleh didapati di dalam facebook beliau. Malah, aduan-aduan dan cadangan-cadangan tersebut juga boleh di dapat di blog rasmi beliau,  http://rajanongchik.com/.Luangkan masa dan tengoklah bagaimana Raja Nong Chik mempraktikkan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Syabas, Raja Nong Chik!

Play golf, save an orphan – Raja Nong Chik

Raja Nong Chik attended a charity golf tournament at the Tasik Putri Golf & Country Club on last Saturday. Well, actually I think it is not a bad idea. And the tournament managed to raise RM30,000? Wow! Indeed, it’s much more valuable than a normal RM30,000 to the orphans in Rumah Ilham Yayasan Anak Yatim, an orphanage in Taman Tun Dr Ismail.

Charity Golf Tournament, Creative Idea To Raise Funds For Orphans – Raja Nong Chik

Direct giving away money is not the only way to help people in need, but with this kind of activity, many things can be archieved. Sometimes we heard about celebrities attended charity conserts, and that’s their way to show their concerns. And the rich people can show their concerns thru this activity.

Raja Nong Chik melawat setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam

Gambar-gambar Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Raja Nong Chik - Lawatan kerja ke Setinggan Simpang 3, Jalan Pantai Dalam, 11 Julai 2009

Diambil dari Flickr Raja Nong Chik.

Raja Nong Chik is a good minister?

Like i said last time, everyone can become Federal Territories Minister but it’s hard to find a minister who is always thinking about people and country like Raja Nong Chik.

While browsing a few blogs like usual, I found this blog.

http://zulhilmithebest.blog.friendster.com/2009/06/a-good-menteri-wilayah-persekutuan/

Maybe this is not the best way to show the readers how I appreciate a good minister, but at least I know (and now we know) how a small action from a good minister while he/she is thinking about the people and the country, will reflect back to how pure the intention is. I’m not overpraising here, coz we can read all the news about him around the internet and we can judge from that.

His website: http://rajanongchik.com/

His Facebook: http://www.facebook.com/pages/Raja-Nong-Chik/79189052061

<– Oh! I already put up the links.

Lets hope that our leaders are all like Raja Nong Chik, always thinking about the people and country.

Raja Nong Chik tak anggap ia matematik mudah

Kita boleh baca berpuluh-puluh entri mengenai anggaran Raja Nong Chik yang mencecah RM100-200juta, sama ada negatif ataupun positif. Saya baru sahaja buka laman-laman blog untuk membaca berita-berita terkini, apabila saya terjumpa satu entri di dalam DetikDaily boleh baca di sini: Matematik Mudah Untuk Raja Nong Chik

Sedih saya membacanya. Bukan saya nak kutuk jauh sekali menuduh yang bukan-bukan terhadap penulis. Mungkin sedikit mahu membela Raja Nong Chik. Apa kata kita buka kedua-dua mata kita. Penulis menyebut mengenai sekiranya setiap penunjuk perasaan membelanjakan RM50 ketika berarak. Adakah ia logik? Peserta tunjuk perasaan itu ke sana kerana ingin melakukan demonstrasi bukannya mahu berbelanja sesuka hati sehingga dianggarkan seorang peserta akan berbelanja RM50. Bagi sesiapa pun, Rm50 di Jalan TAR sudah dikira sakan membeli belah. hendak beli apakah? Baju kemeja? Sebelum keluarkan kenyataan atau matematik mudah katanya, fikirlah dari semua sudut.

Sekali lagi saya mahu memanggil penulis membaca betul-betul anggaran yang dibuat oleh Raja Nong Chik. Boleh dibaca di sini. http://prorajanongchik.blogspot.com/2009/08/raja-nong-chik-terangkan-anggaran.html

Bukan setakat kerugian para peniaga, malah secara keseluruhan. Jika berita mengenai perarakan demonstrasi itu tersebar luas, pasti sampai ke telinga para pelancong yang pada mulanya ingin berbelanja sakan, bukan setakat Rm50 seorang di Jalan TAR dan sekelilingnya, akan membatalkan niat mereka. Adakah ini sudah menjadi matematik mudah bagi kita? Kalau pandai membuat anggaran ini, subjek Statistik di peringkat universiti yang kerap menyebabkan pelajar universiti gagal, sudah menjadi perbualan harian bagi kita. Jadi, boleh kata anggaran Raja Nong Chik bukanlah matematik mudah seperti yang sewenang-wenangnya dilayang-layang oleh penulis di DetikDaily itu.

Bukan niat saya ingin membawa isu yang boleh memecahkan kita ini, tapi sebelum kita membuka ‘meja perbincangan’ (atau lebih kepada pertelingkahan) eloklah kita kaji apa yang sepatutnya kita tulis dan apa yang sepatutnya kita perlekehkan.

Penat Raja Nong Chik menongkat kepala yang berat untuk mengkaji anggaran ini tapi kita sewenang-wenangnya perlekehkan pula.  Semua orang boleh jadi Menteri Wilayah Persekutuan tapi susah hendak cari menteri yang fikir pasal rakyat dan negara seperti Raja Nong Chik.