Posts Tagged ‘ PPR ’

Rumah mampu milik ditambah – Dato’ Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR 18 April – Kerajaan akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di beberapa kawasan bagi memastikan golongan belia tidak perlu menyewa atau menetap di luar ibu kota.

Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan lebih ramai orang menghuni bandar raya Kuala Lumpur menjelang tahun 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu akan dipergiatkan kerana kerajaan menyedari bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan belia.

“Kita sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan kerana itu, kerajaan berusaha menangani isu perumahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul daripada seorang perwakilan dalam Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di sini, kelmarin.

Perwakilan berkenaan mencadangkan supaya kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada golongan muda memiliki rumah sendiri.

Golongan belia berpendapatan rendah dikatakan tidak dapat memanfaatkan pengenalan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan kerajaan berikutan harga kebanyakan rumah di ibu kota melampaui kemampuan mereka.

Selain itu, DBKL juga diminta melonggarkan syarat sewaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberi peluang kepada golongan belia terutama yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak untuk menyewa sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Tempoh itu adalah bagi memberi peluang kepada pasangan belia untuk menabung dan kemudian digunakan untuk pembayaran deposit untuk membeli rumah.

Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, DBKL mempunyai syarat tersendiri bagi penyewaan rumah kos rendah kerana bilangan unit yang terhad sedangkan senarai menunggu terlalu panjang.

“Atas sebab itu juga, jika keutamaan diberi kepada keluarga kecil (pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi belum mempunyai cahaya mata), kita bimbang keluarga besar (dengan anak ramai) akan ketinggalan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Kampung Pindah Residents Told To Move To PPR Air Panas – Dato’ Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) — Thirty families occupying 10 houses in Kampung Pindah, here, who are affected by the ground cave-ins following heavy rain Thursday, have been told to move temporarily to the Air Panas people’s housing project (PPR) in Setapak.

Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said Kuala Lumpur City Hall would assist in the evacuation process.

“These PPR houses is almost complete,” he told reporters after visiting the families at Jalan Hamzah Community Hall in Kampung Baru, here Friday.

Raja Nong Chik also asked the Public Works Institute of Malaysia to carry out soil inspection and other tests at the affected areas.

He had also given the Drainage and Irrigation Department two weeks to restore its drainage system.

The Federal Territory Foundation, Umno and Barisan Nasional would provide assistance to the families, he added.

A resident, Abdul Ghani Mohd Nor, 47, said it was the second time that their area was affected by the cave-in after the first one on Feb 24.

“This one is the worst,” he said.

Source: BERNAMA

Lebih 44,000 unit rumah PPR akan dijual – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Sebanyak 44,146 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dijual.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, semua penyewa sedia ada yang sedang menyewa di PPR MTEN dan PA DBKL layak ditawarkan untuk membeli unit berkenaan.

Lebih 44,000 unit rumah PPR akan dijual - Raja Nong Chik

Lebih 44,000 unit rumah PPR akan dijual - Raja Nong Chik

Lebih 44,000 unit rumah PPR akan dijual - Raja Nong Chik

Lebih 44,000 unit rumah PPR akan dijual - Raja Nong Chik

“Kerajaan dengan kerjasama beberapa buah bank telah bersetuju untuk menyediakan tiga kaedah pinjaman kepada pembeli yang layak, yakni skim pinjaman biasa, skim pinjaman bersama dan skim pinjaman dua generasi bagi memudahkan bakal pembeli membiayai pembelian rumah-rumah tersebut,” katanya.

Raja Nong Chik berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang bertanya mengenai jumlah rumah pangsa PPR di Kuala Lumpur yang sedang disewa dan akan dijual serta kriteria yang digunakan untuk menilai kelayakan pemilikan rumah berkenaan bagi memastikan kumpulan sasaran mendapat manfaat.

Raja Nong Chik berkata, bagi pembeli yang layak tetapi tidak mempunyai pendapatan yang tetap pula, Skim Jaminan Kredit Perumahan turut disediakan bagi menjamin pinjaman bank mereka.

Selain unit rumah untuk dijual, pada masa kini sebanyak 28,865 unit rumah PPR MTEN dan 22,144 unit PA DBKL yang sedang disewakan, kata Raja Nong Chik. – Bernama

Sumber: Utusan Online

 

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Kalau kat KL ni, cerita pasal projek perumahan rakyat memang tak habis. Kalau bukan pasal aduan-aduan kerosakan, mesti pasal permohonan untuk beli satu rumah di PPR. Tak pun mesti pasal kecoh kenapa tak layak nak beli satu. Bukan apa, KL nih dah la kecil je, pastu sesak pulak tu. Bila ramai orang memohon nak beli, kerajaan terpaksa la tambah supaya dapat adil semua orang dan untuk kesenangan semua orang jugak. Kalau ikut logik, kenalah ada perancangan bandar, ye tak?

Ni artikel berita yang aku ambil dari blog Menteri Wilayah, Dato’ Raja Nong Chik. Baca jap.

32,762 unit rumah PPR dibina sekitar KL

KUALA LUMPUR 23 Mac. — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) sedang melaksanakan 25 projek perumahan rakyat (PPR) melibatkan pembinaan 32,762 unit rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata empat projek PPR telah siap dibina tetapi belum diserah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

“Empat projek itu ialah PPR Lapangan Terbang Lama 2 iaitu 920 unit, PPR Bersepadu Pekan Kepong 948 unit, PPR Bersepadu Bukit Jalil 1 dan PPR Bersepadu Bukit Jalil 2 masing-masing 1,896 unit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kong berkata PPR Bersepadu Pekan Kepong yang mengandungi tiga blok, 18 tingkat di atas tanah seluas 5.395 hektar telah dibina dengan kos RM51 juta dan telah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) pada awal Feb lepas.

“PPR itu dijangka diduduki selewatnya-lewatnya bulan depan dan ini menunjukkan kerajaan serta kementerian ini memandang serius dalam menangani isu berkaitan projek PPR dengan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya.

Kong berkata kos pembinaan PPR ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri bertanggungjawab dalam menyediakan tapak yang sesuai serta pemilihan pembeli atau penyewa menerusi Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) berkomputer.

Sasaran utama PPR adalah golongan yang berpendapatan rendah termasuk setinggan dengan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.

Kadar sewa rumah PPR ialah RM124 sebulan manakala harga jualan rumah PPR dalam lingkungan RM35,000 di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bernama

Ehem. Tambah lagi? Biar betul Datuk Seri Kong Cho Ha ni. Berani benar. Yelah. Bukan senang nak main tambah-tambah je PPR ni. Silap-silap tak seimbang la. Projek terbengkalai la. Silap plan habis la kawasan tu. Dah la ibu kota.

Aku ingat lagi, dulu aku pernah tengok adik aku main SimCity. Nampak macam senang. Macam tak mencabar je nampak. Tapi adik aku selalu kalah/rugi. Haha. Apa yang susah sangat? Bagi aku, samalah juga dalam realiti. Game tu pun memang ikut macam realiti. Sekolah, hospital, balai bomba, balai polis dan kemudahan awam lain, semua ada maintenance charge. Kalau silap susun sikit, jalan jam. Kalau silap plan sikit, tanah tak laku. Tak ada orang duduk. Pastu tax kurang. Last-last rugi. Isk isk. Kalau macam tu jadi ketua kampung pun tak lepas.

Tapi ada banyak juga berita kat tv dan kat surat khabar pasal Menteri Wilayah kita lari ke sana  lari ke sini nak jaga kebajikan penduduk-penduduk PPR kat KL ni. Cuba bayangkan, benda dah siap tambah-tambah kalau ada silap ataupun bangunan dah lama. Lagi susah daripada nak bina baru, betul tak? Memanglah Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, tapi tak semua orang boleh buat, betul tak? Nak dekat setahun dah Dato’ Raja Nong Chik jadi menteri wilayah, setakat ni aku rasa KPI dia memang power. Kalau setakat ada willpower je, takkan berjaya sampai sini. Jadi, tahniahlah pada Dato’ Raja Nong Chik!

Mesti Dato’ Raja Nong Chik terer main SimCity kan. Hehe. Apa-apa pun, good luck to Dato’ Raja Nong Chik.

Pemilik diberi kuasa pilih pemaju pulih flat

Aku rasa mesti ramai yang ada baca pasal berita ni. Malah ada yang lontarkan pendapat membina, ada juga yang luahkan rasa tak puas hati. Tapi pada pendapat aku, ni adalah salah satu cara dari kementerian dan Datuk Raja Nong Chik, supaya tiada berat sebelah dalam memilih pemaju.

Ada yang kata kenapa serahkan pemilihan dan keputusan pada rakyat, sedangkan rakyat tak tahu apa-apa. Tapi rakyat boleh rujuk pada kementerian kalau mereka tak tahu, betul tak? Kementerian lebih daripada bersedia nak tolong rakyat-rakyat dari segi pemilihan dan keputusan. Jadi apa lagi yang mereka tak puas hati?

Pemilik diberi kuasa pilih pemaju pulih flet

2010/03/05

KUALA LUMPUR: Buat julung kali pemilik flet di bandaraya Kuala Lumpur akan diberi hak untuk memilih syarikat yang akan membangun-kan semula flet milik mereka selaras dengan konsep 1Malaysia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata 480 pemilik rumah flet empat tingkat PKNS Kampung Kerinchi akan diberikan kuasa untuk memilih syarikat yang akan membangunkan semula flet mereka pada 12 Mac ini melalui pengundian secara sulit.

“Sejak tawaran pembangunan semula dibuka pada November lepas, empat syarikat menunjukkan minat untuk mengendalikan pembangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Proses pengundian ini dilakukan bagi pemilik flet membuat pemilihan cadangan yang paling sesuai dengan kehendak masing-masing, dan juga bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kementerian itu, katanya.

Beliau berkata, sebelum pengundian dijalankan satu taklimat akan diadakan di mana kementerian akan mendedahkan kepada pemilik flet nama pemaju yang berminat membangunkan semula flet itu, berserta pelan pembangunan mereka.

Raja Nong Chik berkata, pengundian itu akan dilakukan selepas taklimat yang akan diadakan pada jam 8 malam pada 12 Mac ini di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Jalan Kerinchi Kiri, Lembah Pantai.

“Pengundian secara sulit akan diadakan diikuti proses pengiraan terbuka dan seterusnya pengumuman pemaju yang dipilih pada malam itu juga, ” katanya.
Beliau berharap proses pemilihan pemaju ini tidak lagi dipolitikkan atau didakwa berat sebelah oleh segelintir pihak yang sentiasa bersikap negatif terhadap langkah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Langkah ini menunjukkan keikhlasan kerajaan BN untuk bantu rakyat miskin hidup dengan lebih selesa di bandaraya ini, selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Raja Nong Chik yakin proses ini adalah langkah terbaik untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan pembangunan yang bakal dilaksanakan kementerian itu. – Bernama

Sumber: Berita harian online

Ya lah, kalau kita kat kampung, atau kita ada tanah sendiri. Kita sendiri yang pilih siapa tukang rumah atau syarikat kontraktor yang nak bina rumah kita. Macam tulah yang Raja Nong Chik nak buat. Cuma, bila pemaju tu buat kerja, kementerian akan pantau la. Jadi apa lagi yang tak puas hati?

Kita akan jual 45,000 rumah PPR – Raja Nong Chik

Jual 45,000 rumah PPR

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Penghuni kira-kira 45,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang selama ini menyewa akan diberi peluang membeli unit kediaman mereka itu secara berperingkat mulai November ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, harga yang ditawarkan kepada penyewa nanti akan diputuskan oleh Kabinet.

“Harganya memanglah di bawah harga pasaran dan menarik yang akan memberi peluang kepada mereka membeli rumah khususnya di kawasan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Victoria Institution di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata, golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah akan diberi keutamaan membeli unit-unit rumah PPR berkenaan.

“Golongan lelaki dan wanita yang sudah lanjut usia tetapi belum berkahwin juga akan diberi peluang membeli rumah itu.

“Kalau ikut syarat sekarang mereka tak layak sebab mereka tak ada keluarga, tapi saya rasa golongan ini perlu juga diperjuangkan, tapi had umur mungkin 45 tahun ke atas,” katanya.

Bagaimanapun, katanya tindakan tegas termasuk hilang kelayakan membeli rumah akan dikenakan kepada penyewa rumah PPR yang menyewakan rumah mereka kepada rakyat asing. – BERNAMA

Source: Utusan Online

Raja Nong Chik in Buletin Utama