Posts Tagged ‘ GMI ’

Raja Nong Chik tak anggap ia matematik mudah

Kita boleh baca berpuluh-puluh entri mengenai anggaran Raja Nong Chik yang mencecah RM100-200juta, sama ada negatif ataupun positif. Saya baru sahaja buka laman-laman blog untuk membaca berita-berita terkini, apabila saya terjumpa satu entri di dalam DetikDaily boleh baca di sini: Matematik Mudah Untuk Raja Nong Chik

Sedih saya membacanya. Bukan saya nak kutuk jauh sekali menuduh yang bukan-bukan terhadap penulis. Mungkin sedikit mahu membela Raja Nong Chik. Apa kata kita buka kedua-dua mata kita. Penulis menyebut mengenai sekiranya setiap penunjuk perasaan membelanjakan RM50 ketika berarak. Adakah ia logik? Peserta tunjuk perasaan itu ke sana kerana ingin melakukan demonstrasi bukannya mahu berbelanja sesuka hati sehingga dianggarkan seorang peserta akan berbelanja RM50. Bagi sesiapa pun, Rm50 di Jalan TAR sudah dikira sakan membeli belah. hendak beli apakah? Baju kemeja? Sebelum keluarkan kenyataan atau matematik mudah katanya, fikirlah dari semua sudut.

Sekali lagi saya mahu memanggil penulis membaca betul-betul anggaran yang dibuat oleh Raja Nong Chik. Boleh dibaca di sini. http://prorajanongchik.blogspot.com/2009/08/raja-nong-chik-terangkan-anggaran.html

Bukan setakat kerugian para peniaga, malah secara keseluruhan. Jika berita mengenai perarakan demonstrasi itu tersebar luas, pasti sampai ke telinga para pelancong yang pada mulanya ingin berbelanja sakan, bukan setakat Rm50 seorang di Jalan TAR dan sekelilingnya, akan membatalkan niat mereka. Adakah ini sudah menjadi matematik mudah bagi kita? Kalau pandai membuat anggaran ini, subjek Statistik di peringkat universiti yang kerap menyebabkan pelajar universiti gagal, sudah menjadi perbualan harian bagi kita. Jadi, boleh kata anggaran Raja Nong Chik bukanlah matematik mudah seperti yang sewenang-wenangnya dilayang-layang oleh penulis di DetikDaily itu.

Bukan niat saya ingin membawa isu yang boleh memecahkan kita ini, tapi sebelum kita membuka ‘meja perbincangan’ (atau lebih kepada pertelingkahan) eloklah kita kaji apa yang sepatutnya kita tulis dan apa yang sepatutnya kita perlekehkan.

Penat Raja Nong Chik menongkat kepala yang berat untuk mengkaji anggaran ini tapi kita sewenang-wenangnya perlekehkan pula.  Semua orang boleh jadi Menteri Wilayah Persekutuan tapi susah hendak cari menteri yang fikir pasal rakyat dan negara seperti Raja Nong Chik.

Advertisements

Siapa salah kita hilang RM100 juta

Estimated losses of RM100-200 million due to illegal demo

03/08/2009 3:15am

KUALA LUMPUR Aug 2 Ogos – The Federal Territory Ministry today estimated that losses incurred by businesses as well as the damage to property as a result of the illegal demonstration yesterday were between RM100-200 million.

Raja Nong Chik Zainal Abidin mendengar keluhan peniaga

Raja Nong Chik Zainal Abidin mendengar keluhan peniaga

Minister Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin said, however, his staff will go to the locations tomorrow to assess the losses and damage.

“We will try to get all estimates of losses and damages and it will be in the millions. At least, my estimate is between RM100-200 million,’’ he told reporters after officiating the 1Malaysia carnival themed ’Realising the Country’s Vision’ organised by the the Desa Tasik Residents Association here today.

He said the estimate would also take into consideration that yesterday was a weekend day and people were out shopping and it was close to Hari Raya which will be celebrated by Muslims next month. – Bernama