Posts Tagged ‘ facebook ’

Aduan Rakyat & Jawapan dari Raja Nong Chik

Aduan orang ramai dan jawapan dari Raja Nong Chik yang diambil dari Laman Facebook beliau.

=========================================================================

Benson See

Aduan:

Dato, what happen to the road expansion project at Jalan Genting Klang? There is no urgency to complete the project and it is causing a lot of inconveniences to us. It seemed to be abandoned. The news came out in Berita Harian today. This is what will happen when the goverment appoints an incompetent contractor to carry out such project. Tax payers are the end losers. This will definitely cause Barisan a lot of votes in the coming election.

Jawapan:

DBKL sedang melaksanakan kerja-kerja pelebaran sebahagian dari Jalan Genting Kelang sepanjang 3.2km dari persimpangannya dengan Jalan Ayer Panas hingga ke persimpangan Jalan 1/27a (Wangsa Maju) bermula pada 18 Disember 2007 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2010 atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

DBKL menghadapi beberapa masalah dalam pelaksanaan projek ini seperti isu pengambilan tanah, pengalihan utiliti serta pengurusan lalulintas iaitu mewujudkan lalulintas yang memuaskan semasa peringkat pembinaan. Sebahagian dari projek ini, iaitu dari Jalan Usahawan ke Jalan 1/27a (Wangsa Maju),sepanjang 1.7 km telah siap dilebarkan. Manakala baki pembinaan sepanjang 1.5 km dari jalan air panas hingga ke persimpangan jalan usahawan sedang giat dilaksanakan.

Untuk makluman tuan juga, projek ini adalah tidak terbengkalai dan sebaliknya kerja-kerja sedang giat dijalankan di tapak. Kerja-kerja utama pembinaan adalah dijalankan pada waktu malam supaya mengurangkan kesesakan lalulintas dan meminimakan gangguan aktiviti perniagaan di kawasan ini khususnya di waktu puncak. Untuk mempercepatkan penyiapan projek ini kontraktor telah menambahkan bilangan tenaga buruh serta jentera.

James George

Aduan:

YB, thanks for the great progress and development that you have brought to the Bukit Kerinchi, Pantai Hillpark and Pantai Panorama area. This is a good start.

I would like to draw your attention to the shops and stalls all along Jalan Pantai Permai as the food stalls are dirty and unhygienic leading to rubbish being dumped along the curb all along Jalan Pantai Permai. Additionally, what makes it worse have been the few mechanic shops and car wash shops (esp the one right opposite the traffic light) which takes up most of the road and at times causes unnecessary traffic jams up that street. Are there any plans to move them to a more suitable location?

Am looking forward to hearing from you on the plans that you have on what will be done to ease the traffic clogged and dirty street of Jalan Pantai Permai.

Thanks again and wishing you Selamat Berpuasa and a Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Jawapan:

Dimaklumkan bahawa KWPKB dengan kerjasama DBKL akan membangunkan sebuah pusat penjaja di Bukit Angkasa bagi menempatkan semula penjaja dan peniaga kecil di sepanjang Jalan 1/112, Bukit Angkasa dan Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam.

Pembangunan pusat penjaja ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

Seramai 5 orang pengusaha bengkel kereta di Jalan 1/112 yang enggan menerima tawaran tersebut akan dipindahkan ke lokasi lain di Jalan Pantai Murni.

DBKL berharap penempatan semula penjaja dan peniaga kecil di pusat penjaja dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Fadley Ahmad

Soalan:

Salam Dato’ minta tolong Dato’ beri perhatian kepada permohonan ruma hsewa PPR saya yang telah sekian lama, saya telah hadir temuduga untuk penempatan di Blok 100 Pantai Dalam, pada bulan April 2010 dengan Datuk Bandar KL, namun sehingga sekarang belum ada jawapan. No. Pend. 770825-01-6025 RS. TQ Dato’ harap mendapat perhatian Dato’.

Updated:

Permohonan telah dibawa ke Mesyuarat JK Peruntukan Rumah Awam & diluluskan. Namun, surat tawaran hanya akan dikeluarkan tertakluk kepada kekosongan unit.

Mokhtar Abdl Aduwad

Aduan:

Salam Dato RNC ….merujuk dari mesyuarat majlis perundingan belia kawasan bandar tun razak yang lalu … Masalah downtown cheras masih belum dapat diselesaikan …… Isu penganjur yang tamak mengunakan keseluruhan tempat letak kereta sebagai tapak perniagaan…. sehingga pengunjung terpaksa meletakkan kereta dibahu2 sepanjang jalan yang menyebabkan kesesakkan lalulintas…… Ini menyukarkan penguna, ambulance dan jentera bomba jika berlaku sebarang kecemasan….. Saya mencadangkan agar lokasi Downtown Cheras di tukar ke Stadium Bukit Jalil yang lebih luas dan di selia sendiri oleh DBKL ….. Agar ianya lebih tersusun…. Saya berharap masalah dan cadangan ini dpt perhatian dari pihak Dato’…. Sekian…Terima kasih… Selamat. Menyambut Hari Raya Aidil fitri

Jawapan:

Dimaklumkan bahawa salah satu matlamat awal penubuhan Bazaria larut malam Downtown Cheras adalah untuk memajukan Pusat Penjaja Velodrome yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Kesesakan lalulintas adalah disebabkan oleh peniaga haram yang berniaga di bahu-bahu jalan dan dbkl sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu tersebut.Bagi cadangan untuk memindahkan bazaria larut malam Downtown Cheras, DBKL berpendapat tindakan berkenaan akan menyebabkan pusat penjaja tersebut kurang maju dan tidak dikunjungi orang awam.

=========================================================================

Seperti yang ramai sedia maklum, Dato’ Raja Nong Chik meluangkan masa selama sejam bersama orang ramai supaya orang ramai dapat membuat aduan dan ‘suggestion’ secara terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ini. Biasanya diadakan pada pukul 5 – 6 petang setiap hari rabu. Namun, kadangkala ditukar ke waktu lain jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan, dan notis pemberitahuan mengenai penukaran waktu itu akan letakkan terlebih dahulu.

Bagi aku, cara Raja Nong Chik ini ada kelainan sikit daripada cara menteri lain menerima aduan. Memang lah kita ada saluran yang lebih ‘teratur’ dan mengikut prosedur, tapi cara ini juga menyenangkan semua pihak. Sesiapa yang ingin membuat aduan, hanya memerlukan akaun Facebook dan dia boleh mengadu secara terus.

Lagi aktiviti Raja Nong Chik.

Raja Nong Chik’s facebook hour

Kalau ada yang masih tak tahu, setiap petang rabu (6 – 7 pm) Raja Nong Chik ada luang masa selama sejam untuk berinteraksi dengan rakyat. Terutamanya mendengar komplen dari penduduk KL. Sangat bermanafaat. Hari-hari pergi turun padang tapi hampir setiap rabu sekarang, kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan, Raja Nong Chik akan luangkan masa bersama orang awam. Pada pendapat saya yang setiap hari berada di Kuala Lumpur ni, kecuali pulang ke kampung, aktiviti seperti ini sangat berguna.

Boleh lawati laman facebook Raja Nong Chik di sini: http://www.facebook.com/pages/Raja-Nong-Chik/79189052061

Tapi perlulah ada akaun facebook dahulu, ye! Dan kalau berminat, untuk mengikuti perkembangan Raja Nong Chik ataupun ingin berinteraksi, sama ada membuat aduan ataupun meminta pendapat beliau, bolehlah menjadi fan di laman facebook beliau.

Sangat berguna! Saya sudah pun membuat aduan beberapa kali mengenai jalan berlubang, ataupun kesesakan lalu lintas yang sepatutnya boleh diatasi. Pasti ramai yang tidak percaya betapa cepatnya Raja Nong Chik buat kerja, kalau tidak melihat sendiri.

Ini petikan yang saya ambil dalam notes Facebook Raja Nong Chik, soalan dan jawapannya sekali.

Aduan:

Hambali Mukhlas 15 July:

Laporan untuk penguatkuasa DBKL mengenai kenderaan kereta yang diletakkan di bahu jalan di Batu 3, Jln Ipoh bermula dari HSBC hingga ke Wisma TCL hingga menyebabkan lantai pejalan kaki, kerb jalan pecah dan tersumbat. Harap Dato RNC memanjangkan kes ini kepada pihak yang sepatutnya. Sepanjang pemerhatian saya tiada penguatkuasaan menyebabkan harta awam rosak.

Jawapan:

Salam Hambali. Terima kasih atas soalan. Untuk makluman anda, dari Januari hingga Julai 2009, sebanyak 3,212 notis pelbagai kesalahan lalulintas telah dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan di sekitar lokasi tersebut.

Disamping itu, DBKL juga akan membaiki kerosakan di kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Cadangan:

Tati Builder

Salam Dato’
Untuk pengatahuan dato’ sekitar Kondo Vista Angkasa (stesen LRT Universiti) sangat strategi sebagai tempat tinggal kelas pertengahan bagi warga KL, kawasan tersebut juga didiami oleh ramai anak2 muda yg bekerja di sekitar KL & PJ. Kebanyakan dari mereka juga adalah golongan yg baru bekerja & mungkin ade yg berpendapatan sederhana, jadi mereka mengambil peluang tinggal di kawasan tersebut kerana terdapat sistem jaringan pengangkutan yang sangat efficient (bg yg tidak memiliki kenderaan) Dulu Bertentangan dengan Kondo.Vista Angkasa terdapat banyak gerai2 makan bagi mereka2 yang bujang & juga tempat pertemuan dengan rakan2 atau temujanji (kerana lokasi yg strategik). Tetapi kini telah dirobohkan utk membina jalan yg lebih selesa (Terima kasih). Kini masalah baru timbul apabila mereka sukar untuk membeli makanan kerana rata2 mereka duduk berkongsi menyewa dan tidak memasak di rumah.

Cadangan saya, dbkl mendirikan Gerai berhadapan Shoping Complex Bangsar South (kalau tak silap). Terdapat tanah lapang, bertentangan Old Town White Cofee, laluan naik ke Pantai Panorama.. status sy tak pasti..

Jawapan:

Tati Builder, DBKL telah membina Medan Selera Dataran Seri Angkasa Jaya yang terletak lebih kurang 500 meter dari Kondo Vista Angkasa bagi penduduk dan pengunjung sekitarnya sebagai salah satu lagi pilihan tempat menjamu selera dan membeli makanan.

Untuk pengetahuan anda juga, DBKL pernah ada perancangan awal untuk membina gerai di hadapan ‘Bangsar South’ bertentangan dengan Old Town White Coffee, tetapi kawasan ini didapati tidak sesuai dari segi teknikal, syarat serta struktur tanah.

Cadangan:

Al-azharri Siddiq: 21 July

Dato’, saya bangga dengan kerjkeras dan komitmen kepada warga banadaraya. Cuma satu sahaja harapan saya minta Dato usahakanlah buat Pasar baru bagi Pasar Basah.Buah Chow Kit tu…dah 57 tahun merdeka tak kan tak boleh buat.
(Comments under:Gambar-gambar Majlis Penyampaian Tambahan Sumbangan pada Mangsa Kebakaran Bukit B di pejabat UMNO, 10 Julai 2009)

Jawapan:

AL-azharri, terima kasih atas kata-kata semangat. Berdasarkan Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot dan Kawasan Sekitarnya telah dikenalpasti sebagai zon perdagangan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pernah ada perancangan untuk memperindahkan dan menaiktaraf kawasan Pasar Chow Kit. Walaubagaimanapun sekiranya tapak ini perlu dibangunkan semula, antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan dahulu oleh DBKL adalah halangan-halangan dalam aspek peruntukan kewangan dan kos yang tinggi serta lokasi yang sesuai bagi penempatan sementara 1,500 penjaja sediada.

Walaubagaimanapun pada masa ini DBKL akan memperindahkan kawasan sekitarnya seperti Jalan Raja Bot dan Jalan Haji Hussein 1 secara berperingkat-peringkat. Kerja menaiktaraf seperti Jalan Raja Bot dan Jalan Haji Hussein 1 pada masa ini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Disember 2009.

Banyak lagi aduan, cadangan dan juga lain-lain interaksi dengan Raja Nong Chik yang boleh didapati di dalam facebook beliau. Malah, aduan-aduan dan cadangan-cadangan tersebut juga boleh di dapat di blog rasmi beliau,  http://rajanongchik.com/.Luangkan masa dan tengoklah bagaimana Raja Nong Chik mempraktikkan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Syabas, Raja Nong Chik!