Posts Tagged ‘ baru ’

Kampung baru dah berusia 111 tahun

Kampung Baru Berusia 111 Tahun Esok

Pasar Malam Kg Baru

Pasar Malam Kg Baru

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun esok.

Sehubungan itu pelbagai program sambutan yang julung-julung kali diadakan bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn Bhd bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.

Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn Bhd, Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula esok dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau.

Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya.

“Sambutan buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) ini bertujuan untuk menghargai dan mengenang kembali perjuangan mereka yang telah tiada mahupun yang masih ada di kampung bersejarah ini.

“Di samping itu, ia bagi mengabadikan kenangan 111 tahun kewujudan pentadbiran MAS Kampung Baru di ibu kota Kuala Lumpur.

“Angka 111 tahun merupakan angka unik dan MAS sebagai satu lembaga di bawah kaum Melayu dilihat sebagai pentadbir yang teguh yang mempertahankan sebuah kampung yang berjuang untuk orang Melayu.

“Tanggungjawab sebagai orang Melayu yang mementingkan sentimen Melayu menjadi pendorong untuk mengadakan sambutan memperingati perjuangan bangsa sendiri dalam mempertahankan sebuah kampung yang pernah ditadbir penjajah suatu masa dahulu,” kata Ishak kepada Bernama.

Beliau yang juga Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan Kita memberitahu antara program sambutan ialah Hari Kesihatan pada Sabtu ini bermula 8 pagi hingga 6 petang dengan pelbagai program disediakan seperti senaman, derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma dan peraduan untuk kanak-kanak yang akan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.

Selain itu, penduduk dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa juga berpeluang menyertai Hari Sukan dan Permainan Tradisional pada Ahad ini dilokasi yang sama.

Forum Perdana bertajuk “Bermula Di sini – Kampung Baru” akan diadakan pada Selasa depan juga di Kelab Sultan Sulaiman, Karnival Kampung Baru (12 Jan), Hari Hijau (15 Jan), Hari Kesenian dan Warisan (16 Jan) serta Karnival Futsal selama dua hari bermula 22 Jan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dijadual menghadiri Karnival Kampung Baru pada 12 Jan dan seterusnya melancarkan Pameran MAS Kampung Baru (Tiga Alam) yang merujuk kepada MAS yang mentadbir Kampung Baru di bawah pentadbiran British dan pendudukan Jepun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Dipetik dari BERNAMA

Sultan Selangor Sokong Pembangunan Kampung Baru – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong dan bersetuju dengan keputusan kerajaan membangunkan Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu, mesti dikekalkan.

“Baginda mengalu-alukan pembangunan Kampung Baru. Yang penting baginda bertitah jangan lupa sejarah yang ada di Kampung Baru.

“Dua mercu tanda ini, baginda minta jangan diubah, boleh diubahsuai, tetapi jangan dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal kawasan Lembah Pantai hari Rabu.

Raja Nong Chik yang mengadap Sultan Selangor semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengingatkan supaya ciri-ciri dan kepentingan orang Melayu dipertahankan, seiring pengkomersialan tanah di Kampung Baru agar setimpal dengan harga pasaran pada ketika ini.

“Ini supaya pemilik dan pewaris tidak terlalu jauh mereka punya harga dengan harga pasaran. Jadi, kita perlu mencari satu model yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai model yang sesuai dan akan diserahkan kepada pemilik serta pewaris untuk dipilih.

Terdahulu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Asuhan Hajah Kamariah Kampung Medan.

Sumber: BERNAMA

Kg Baru Development Corporation Bill For Dewan Rakyat In October – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, Aug 21 (Bernama) — A bill to set up a corporation to govern development in Kampung Baru here will be tabled in the Dewan Rakyat at its session beginning in October, Federal Territories and Urban Well-being Minister Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin said on Saturday.

The draft of the Kampung Baru Development Corporation Bill was now with the Attorney-General’s Chambers, he told reporters after handing over sarong, batik material and “duit raya” (Aidilfitri donations) to 783 poor people and orphans.

The event was organised jointly by the Kampung Baru Jamek Mosque and the Titiwangsa Umno Division at the mosque.

Raja Nong Chik said the corporation, which would be operational next year, would serve as the governing body for development in Kampung Baru, a 110-year-old enclave spread over 90.2 hectares and comprising seven village-like sectors with a population of 35,000 in the heart of this city.

At the event, the popular Kampung Baru Mosque “bubur lambuk” (a rice porridge with herbs) was distributed to the aid recipients and other people in Kampung Baru, as part of the personal contribution of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib and Rosmah had contributed 50 huge pots of the “bubur lambuk” to be served to the people on Aug 18, 21 and 25. The mosque serves the porridge daily during the Ramadan fasting month.

Source : BERNAMA

Raja Nong Chik masih tersenarai dalam barisan Kabinet baru

Salam 1Malaysia,

Bila PM kita beritahu akan ada rombakan kabinet hari tu, aku dok fikir banyakkah perubahan yang Dato’ Seri Najib Razak nak buat nanti. Ialah, slogan yang beliau bawa pun, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Jadi, aku rasa tindakan Najib ni ada logiknya juga. Demi nak jaga kepentingan rakyat, tak boleh bagi muka sangat pada menteri-menteri yang dok goyang kaki je.

Tapi nampaknya, Raja Nong Chik tidaklah termasuk dalam senarai menteri yang dok goyang kaki tunggu duit masuk je. Aku rasa berbaloilah dia kena kutuk, dapat panggilan macam-macam semata-mata Raja Nong Chik nak tolong orang Wilayah Persekutuan. Aku bukanlah orang yang ikut perkembangan politik sejak kecil lagi. Memang la tipu la kalau aku cakap masa kecik-kecik dulu aku tak pernah dengar pasal UMNO, BN, Pas semua tu. Tapi sejak dah besar dewasa ni, sejak dah tau tanggungjawab aku sebagai penentu hala tuju negara ni, sedikit sebanyak aku ambil tau pasal selok belok politik negara ni. Jadi, aku yang masih mentah dalam politik ni pun tak pandang sinis apa yang Raja Nong Chik buat. Aku masih nampak apa yang Raja Nong Chik nak buat, dan ke mana dia nak bawa WP.

Jadi, aku rasa memang patut lah Raja Nong Chik masih dikekalkan lagi dalam barisan Kabinet yang baru ni.

Petikan berita mengenai lantikan Kabinet baru.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Senarai Kabinet selepas rombakan hari ini

2010/06/01
KUALA LUMPUR: Berikut ialah senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri berikutan rombakan kecil yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Perdana Menteri
————–
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
————————
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
———————————-

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
——————–
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
———————
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
————————
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
——————————————–
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
——————————————-
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
——————————————–
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
—————————-
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
————————————————-
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
—————————————–
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
—————————————-
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
————————
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
———————–
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
——————————————–
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
———————-
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
———————-
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
———————
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
—————————
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
————————–
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
—————————————————————
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
——————————————-
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
——————————————————-
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
———————–
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
——————————————————–
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
———————————————–
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak kebulur di Jalan TAR

Places to eat are scattered throughout the district, with stalls concentrated along Jalan Doraisamy near the Heritage Row and Jalan Raja Abdullah in Kampung Baru (for Malay food); Chinese coffeeshops along Jalan Tuanku Abdul Rahman and lanes off it, and Chow Kit; Indian in the Jalan Masjid India area; and upmarket restaurants on Heritage Row.

Jalan TAR

Jalan TAR

Budget

* Yut Kee, 35, Jalan Dang Wangi. Tel: +60-3-26988108 – A true KL establishment, this Chinese coffeeshop is famous for its Hainanese-style chicken chop and roti babi, pork sandwich.

* Kampung Baru is a Malay food haven at affordable prices. Non-touristy & in traditional kampung setting. Over 100 stalls available. Most are open 24 hours. LRT station : Kampung Baru, or Monorail station : Chow Kit. A popular spot, “La Cuisine” is a 24-hour food court offering a variety of local & western foods.

kmpg baru

kmpg baru

Mid range

* Coliseum Cafe and Bar, 98 Jln. Tuanku Abdul Rahman. A KL legend, this colonial-style hangout hasn’t changed its appearance or staff in over 80 years. Service is surly and the tablecloths could use a good wash, but their Western food, particularly the “sizzling” steaks on a hot plate (from RM35), is still one of the best deals in town. Also try a freshly mixed shandy (beer and lemonade, RM8) in the adjacent smoky bar.

Coliseum

Coliseum

****
Drink

Nightlife in this district is either of the partying variety at Heritage Row, as Jalan Doraisamy is now popularly known as, or the “hanging out at the Mamak stall” kind. As for the latter, Mamak stalls (stalls or food shops run by Indian Muslims) can be found everywhere but the most popular is actually just next to Heritage Row, nearer the intersection between Jalan Doraisamy and Jalan Dang Wangi.

Clubs and bars

* Bar SaVanh/Cochine,64, Jalan Doraisamy. Tel: +60-3-26971180.
* The Loft
* Cynna Bar

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Gerai makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur