Kaji tukar operasi bas ekspres Pantai Timur ke Puduraya

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji cadangan menukar lokasi bagi operasi perkhidmatan bas ekspres Pantai Timur ke Hentian Puduraya bagi menjadikan sistem pengangkutan awam negara lebih sistematik dan terkawal.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata cadangan yang dikemukakan Uda Holdings Berhad (UHB) itu dilihat satu langkah positif bagi menyepadukan sistem pengangkutan awam negara.

“Hentian Puduraya sudah menjadi sistem pengangkutan bertaraf antarabangsa, malah saya berpendapat kemudahan dan prasarana yang ada di sini lebih baik berbanding beberapa negara lain.

“Pemindahan lokasi destinasi perjalanan Pantai Timur juga satu cadangan yang baik kerana UHB mengakui mampu menguruskannya dengan baik, tetapi kerajaan akan mengkaji lebih mendalam serta melihat keseluruhan aspek penting sebelum membuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan ke Hentian Puduraya di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan UHB, Datuk Jaafar Abu Hassan dan Ketua Operasi Negeri dan Pelaksanaan Terminal Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Fuad Ahmad.

Raja Nong Chik berkata, pengguna hentian berkenaan juga perlu bekerjasama untuk menjaga kemudahan disediakan kerana sikap tidak prihatin, boleh mencacatkan segala keindahan serta prasarana yang ada.

Sementara itu, Jaafar berkata, kerja penambahbaikan dan naik taraf Puduraya dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan dan bakal memberi lebih keselesaan kepada pengguna.
“Selain itu, sistem jualan tiket secara dalam talian juga dijangka bakal beroperasi hujung bulan depan dan kita sudah melantik syarikat melaksanakan sistem ini secara berpusat membabitkan semua syarikat pengusaha bas, sekali gus memudahkan pengguna membeli tiket tanpa ke kaunter,” katanya.

Sumber: Berita Harian

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: