Hentian Puduraya Beroperasi 16 April Ini

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) — Hentian Puduraya akan memulakan operasinya pada 16 April ini dengan kemudahan yang disediakan hampir setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pemaju Uda Holdings Berhad yang akan memastikan semuanya siap mengikut jadual kali ini.

“Pada 16 April ini saya akan turun (ke Hentian Puduraya). Pada laporan yang saya terima persiapan berjalan dengan baik. Dalam dua minggu ini saya yakin kerja-kerja utama akan siap,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac lalu selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009, namun ditangguhkan sehingga 16 April ini bagi membolehkan pemaju menyiapkan kerja yang terbengkalai.

Raja Nong Chik berkata kemudahan yang disediakan di Hentian Puduraya akan memberi keselesaan kepada pengguna selain lokasinya yang strategik dan berintegrasi dengan pengangkutan awam lain.

Beliau berkata meskipun kemudahan yang disediakan tidak 100 peratus seperti TBS-BTS, ia tetap akan memberi keselesaan kepada orang ramai.

Sumber: BERNAMA

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: