RM800,000 bantu bayar sewa rumah keluarga miskin

SANDAKAN 28 Mac – Kerajaan menyalurkan sebanyak RM781,200 kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini bagi program bantuan sewa rumah kepada 525 keluarga miskin pada tahun ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, ia kesinambungan daripada bantuan tahun lalu sebanyak RM581,808 yang diberikan kepada 391 keluarga kategori miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah.

“Misalnya pada tahun ini, sebanyak RM242,544 disalurkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang melibatkan 163 keluarga berbanding RM220,224 kepada 148 keluarga tahun lalu,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan rumah di bawah Program Bantuan Perumahan Bandar di Kampung Batu Putih Batu 7 di sini hari ini.

Sebanyak sembilan rumah baru bernilai RM360,000 dan tujuh buah lagi yang dibaiki pulih bernilai RM84,000 telah diserahkan kuncinya oleh Nong Chik kepada pemiliknya selepas majlis tersebut.

Pada majlis itu juga, Nong Chik turut menyampaikan cek bantuan sewa rumah kepada 147 Ketua Isi Rumah (KIR) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Karamunting, Elopura, Tanjung Papat dan Sekong yang masing-masing menerima RM1,488 bagi tempoh setahun.

Mengenai program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar, beliau berkata, kementeriannya telah mendaftarkan seramai 1,384 KIR Sabah termasuk 301 KIR di Sandakan.

“KIR menerima dividen pertama mereka pada 1 September tahun lalu dan pihaknya akan terus membuat pendaftaran sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah,’ katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: