Era majukan Kampung Baru

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru yang disifatkan titik permulaan ke arah pembangunan semula kawasan itu sejajar dengan kemajuan ibu kota Kuala Lumpur.

kampong Baru

kampong Baru

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan yang akan berlaku kepada Masjid Jamek akan menjadi ikon serta lambang kepada Kampung Baru moden dan serba berdaya maju serta canggih.

”Ini adalah usaha kerajaan untuk kepentingan Kampung Baru dan pembangunan Masjid Jamek ini secara keseluruhan dan ia juga merupakan hadiah yang cukup istimewa bagi penduduk di sini.

”Saya dimaklumkan kewujudan kampung Baru telah menjangkau usia 111 tahun dan diharap apabila siapnya projek pembinaan naik taraf, ia akan menjadi satu mercu tanda baru bagi Kampung Baru,” katanya ketika berucap pada program Ziarah Masjid di masjid tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib; Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris dan adik Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Datuk Nazim Tun Abdul Razak.

Dalam majlis hari ini Perdana Menteri turut dibawa melihat lakaran artis terhadap usaha menaik taraf masjid tersebut.

Najib dalam perkembangan sama turut menyatakan bahawa masjid tersebut amat istimewa kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan keluarganya.

Sementara itu, beliau di dalam ucapannya turut menekankan mengenai penting usaha kerajaan mengubah kedudukan Kampung Baru terutama penduduknya supaya mereka tidak jauh ketinggalan berbanding penduduk lain di ibu kota.

Katanya, langkah itu penting kerana sudah tiba masanya Kampung Baru menjadi satu lambang kejayaan penduduk-penduduknya setelah mereka terhimpit dengan pembangunan di kawasan sekitar.

”Apa yang dilakukan oleh kerajaan ini tidak melibatkan pihak ketiga. Kita menjalankan projek pembaharuan ini dengan telus agar penduduk-penduduk di kawasan ini benar-benar menerima manfaat dalam konteks pulangan ekonomi.

”Kita ikhlas membantu mereka dan tidak ada udang di sebalik batu. Kita mahu penduduk Kampung Baru maju seperti orang lain. Ini merupakan komitmen kerajaan dalam usaha memastikan taraf kehidupan penduduk di kawasan ini sentiasa ditingkatkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, selain Masjid Jamek projek pembaharuan Kampung Baru yang lain akan dimulakan sebaik sahaja selesai pembentangan rang Undang-Undang penubuhan Perbadanan Kampung Baru di Parlimen Mac ini.

”Tahun ini kita akan lihat perubahan yang berlaku. Insya-Allah selepas ini kita akan melihat Kampung Baru berubah wajah ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan dinamik,” ujarnya.

Sementara itu dalam program berasingan Perdana Menteri telah melancarkan pembinaan Mercu Zikay di sini.

Sumber: Utusan Malaysia

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: