4,000 terima bantuan YWP

Cheras – Seramai 4,000 pelajar bakal menerima bantuan peralatan persekolahan sempena Program Bantuan Peralatan Persekolahan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) 2011.

Bagi siri ke-2 program itu, seramai 2,430 pelajar terdiri daripada keluarga miskin dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, program tersebut dianjurkan bagi memanifestasi keprihatinan dan komitmen yayasan tersebut untuk membantu warga kota.

Menurutnya, seramai 270 penerima menerima bantuan pada siri pertama program bantuan tersebut yang diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 10 Disember lalu.

“Kerajaan begitu komited melahirkan rakyat memiliki mutu pendidikan sebaik mungkin bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi.

“Pembangunan modal insan adalah elemen penting dalam pembangunan negara dan bangsa sekaligus ingin melahirkan masyarakat yang memiliki tahap intelek dan disiplin tinggi di samping menjana minda kelas pertama,” katanya selepas menyampaikan bantuan di Stadium Badminton Cheras, di sini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Idris Mohd Isa dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.

Beliau berkata, siri ke-3 program yang akan diadakan pada 16 Disember ini pula melibatkan 1,300 penerima kalangan anak-anak kakitangan agensi seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), DBKL dan KWPKB.

Sumber: Sinar Harian

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: