Najib, Manmohan Rasmikan ‘Little India’ di Brickfields

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan beliau dari India, Dr Manmohan Singh Rabu merasmikan ‘Little India’, sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di sini.

Najib Tun Razak dan Dr. Manmohan Singh bersama-sama melancarkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Najib Tun Razak dan Dr. Manmohan Singh bersama-sama melancarkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Pada majlis penuh bersejarah itu, Najib bersama Manmohan, yang sedang melawat negara ini, melancarkan sebuah kolam pancutan air yang menjadi simbol bermulanya suatu langkah baru dalam hubungan rapat antara kerajaan dan kerajaan serta rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

“Ini lebih daripada merupakan suatu simbol…ia akan menjadi tempat untuk pelancong dan yang pasti, akan memberi manfaat kepada penduduk di sini,” kata Najib sebelum bermulanya majlis perasmian itu yang dihadiri kira-kira 5,000 orang dalam kawalan ketat keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.

Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertamanya dijangka siap Disember ini.

Kerja bagi fasa pertama, yang melibatkan kos RM17 juta, bermula Mei tahun ini dan mengandungi pembangunan sebuah kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa berharga RM35 juta ini melibatkan pembinaan premis perniagaan baru dan kompleks parkir serta pembesaran jalan.

Kolam pancutan air berkenaan adalah yang tertinggi di negara ini, berukuran 7.62 meter dan terletak tidak jauh dari KL Sentral, hab pengangkutan di ibu negara. Manmohan Singh tiba di sini semalam utuk melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Majlis itu turut dihadiri isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Manmohan, Gursharan Kaur, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, para menteri Kabinet, timbalan menteri dan pemimpin masyarakat.

Kawasan Brickfields dihiasi sepanduk berwarna-warni yang mengalu-alukan kedatangan Najib dan Manmohan ke majlis itu.

Hadirin dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, termasuk nyanyian lagu pembukaan 1Malaysia oleh 60 murid sekolah serta tarian ‘Selamat Datang’ oleh penari terkenal Ramli Ibrahim.

Selepas persembahan kebudayaan itu, Najib dan Manmohan dihadiahkan selendang berwarna emas oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, manakala timbalan beliau Datuk M Saravanan memakaikan mereka dengan kalungan bunga.

Projek Little India tercetus daripada idea Najib sendiri ketika beliau melakukan tinjauan mesra untuk menemui penduduk Brickfields pada April 2009, kurang daripada 24 jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Manmohan Singh tiba di sini semalam utuk melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Dalam ucapannya, Najib berkata kehadiran Manmohan ke majlis itu melambangkan keinginan mendalam kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-New Delhi, bukan saja dalam konteks antara kerajaan dan kerajaan, yang berkembang dengan positif, tetapi “hubungan ini juga menyentuh hati kebanyakan orang yang tinggal di Malaysia dan di kawasan Brickfields”.

Katanya kunjungan pemimpin India itu juga amat penting kerana ia mencerminkan bahawa hubungan antara Malaysia dan India semakin kukuh dari semasa ke semasa dalam banyak bidang.

Najib berkata majlis perasmian itu amat besar ertinya bagi penduduk Brickfields kerana ia merupakan sebahagian penting daripada usaha kerajaan untuk membangunkan semula bandar.

“Kami ingin mempamerkan kedinamikan, kesegaran dan kemajuan Brickfields…Brickfields memiliki keindahan tersendiri…tempat menjamu selera yang hebat. Paling penting, kerajaan telah mengotakan janjinya untuk membangunkan semula Brickfields,” kata beliau.

Najib berkata kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan kawasan itu sebagai Litte India kerana Brickfields, yang merupakan sebuah kawasan menarik, telah hilang serinya.

Katanya majlis hari ini menjadi pembuka tirai bagi era baru yang akan dinikmati oleh Brickfields.

“Brickfields tidak akan seperti sebelum ini lagi…ia akan menjadi Brickfields yang akan menampilkan kepada dunia…sebuah Little India di Malaysia,” katanya.

Dalam ucapannya pula, Manmohan berkata Malaysia mewakili segala yang terbaik dari Asia.

“Ia memiliki kepelbagaian dalam banyak hal dan sebuah negara yang sungguh indah…tempat tinggal rakyat daripada etnik, agama dan latar belakang yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga menampilkan contoh tentang sikap tolak-ansur, keharmonian dan kehidupan bersama secara aman.

“Inilah sebenarnya apa yang kami cuba wujudkan di India,” katanya.

Beliau berkata masyarakat India di Malaysia memberi sumbangan penting terhadap pembangunan negara ini dan mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang profesional.

“Keputusan membangunkan Little India ini… merupakan suatu penghargaan terhadap sumbangan semua rakyat Malaysia berketurunan India dalam memajukan negara ini,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengilhamkan idea besar ini dan katanya, di bawah kepimpinan Najib, Malaysia memasuki era baru yang penuh dengan kemajuan dan kemakmuran.

Menurutnya hubungan Malaysia-India akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan itu selama beberapa minit selepas Manmohan meninggalkan majlis berkenaan, Najib diberi sambutan mesra oleh beribu-ribu hadirin yang berkumpul di situ.

Dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata Memorandum Persefahaman (MOU) antara Malaysia dan India mengenai penubuhan bandar raya berkembar KL-Chennai telah diluluskan secara dasarnya dan dijadualkan dimeterai menjelang akhir bulan depan.

Najib Tun Razak dan Dr. Manmohan Singh bersama-sama melancarkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Ketika Najib Tun Razak melancarkan Little India di Brickfields. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Najib Tun Razak dan Dr. Manmohan Singh bersama-sama melancarkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Najib Tun Razak dan Dr. Manmohan Singh bersama-sama melancarkan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Sumber: BERNAMA
———————————————————————————————

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: