Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Siap Februari Depan, Kata Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Projek laluan pejalan kaki berbumbung fasa pertama yang dibangunkan di sekitar ibu negara, akan siap menjelang Februari tahun depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata laluan itu yang turut dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU), dibina bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Alhamdulillah, saya tengok progres yang dibuat oleh Prasarana (Syarikat Prasarana Sdn Bhd) serta yang dibentangkan oleh Petronas, adalah menggalakkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek itu yang terletak berhampiran Pasar Seni di sini hari Selasa.

Raja Nong Chik berkata laluan pejalan kaki dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) ke bangunan Pasar Seni, kini siap 90 peratus manakala laluan dari bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut ke stesen Bandaraya, siap 40 peratus, manakala dari stesen Bandaraya ke Medan Tuanku pula siap sebanyak 10 peratus.

Beliau berkata, selain itu, laluan pejalan kaki berbumbung dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana yang dibina oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Petronas, juga dijangka siap Februari tahun depan.

— BERNAMA

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: