Aduan Rakyat & Jawapan dari Raja Nong Chik

Aduan orang ramai dan jawapan dari Raja Nong Chik yang diambil dari Laman Facebook beliau.

=========================================================================

Benson See

Aduan:

Dato, what happen to the road expansion project at Jalan Genting Klang? There is no urgency to complete the project and it is causing a lot of inconveniences to us. It seemed to be abandoned. The news came out in Berita Harian today. This is what will happen when the goverment appoints an incompetent contractor to carry out such project. Tax payers are the end losers. This will definitely cause Barisan a lot of votes in the coming election.

Jawapan:

DBKL sedang melaksanakan kerja-kerja pelebaran sebahagian dari Jalan Genting Kelang sepanjang 3.2km dari persimpangannya dengan Jalan Ayer Panas hingga ke persimpangan Jalan 1/27a (Wangsa Maju) bermula pada 18 Disember 2007 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2010 atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

DBKL menghadapi beberapa masalah dalam pelaksanaan projek ini seperti isu pengambilan tanah, pengalihan utiliti serta pengurusan lalulintas iaitu mewujudkan lalulintas yang memuaskan semasa peringkat pembinaan. Sebahagian dari projek ini, iaitu dari Jalan Usahawan ke Jalan 1/27a (Wangsa Maju),sepanjang 1.7 km telah siap dilebarkan. Manakala baki pembinaan sepanjang 1.5 km dari jalan air panas hingga ke persimpangan jalan usahawan sedang giat dilaksanakan.

Untuk makluman tuan juga, projek ini adalah tidak terbengkalai dan sebaliknya kerja-kerja sedang giat dijalankan di tapak. Kerja-kerja utama pembinaan adalah dijalankan pada waktu malam supaya mengurangkan kesesakan lalulintas dan meminimakan gangguan aktiviti perniagaan di kawasan ini khususnya di waktu puncak. Untuk mempercepatkan penyiapan projek ini kontraktor telah menambahkan bilangan tenaga buruh serta jentera.

James George

Aduan:

YB, thanks for the great progress and development that you have brought to the Bukit Kerinchi, Pantai Hillpark and Pantai Panorama area. This is a good start.

I would like to draw your attention to the shops and stalls all along Jalan Pantai Permai as the food stalls are dirty and unhygienic leading to rubbish being dumped along the curb all along Jalan Pantai Permai. Additionally, what makes it worse have been the few mechanic shops and car wash shops (esp the one right opposite the traffic light) which takes up most of the road and at times causes unnecessary traffic jams up that street. Are there any plans to move them to a more suitable location?

Am looking forward to hearing from you on the plans that you have on what will be done to ease the traffic clogged and dirty street of Jalan Pantai Permai.

Thanks again and wishing you Selamat Berpuasa and a Selamat hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Jawapan:

Dimaklumkan bahawa KWPKB dengan kerjasama DBKL akan membangunkan sebuah pusat penjaja di Bukit Angkasa bagi menempatkan semula penjaja dan peniaga kecil di sepanjang Jalan 1/112, Bukit Angkasa dan Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam.

Pembangunan pusat penjaja ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun.

Seramai 5 orang pengusaha bengkel kereta di Jalan 1/112 yang enggan menerima tawaran tersebut akan dipindahkan ke lokasi lain di Jalan Pantai Murni.

DBKL berharap penempatan semula penjaja dan peniaga kecil di pusat penjaja dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Fadley Ahmad

Soalan:

Salam Dato’ minta tolong Dato’ beri perhatian kepada permohonan ruma hsewa PPR saya yang telah sekian lama, saya telah hadir temuduga untuk penempatan di Blok 100 Pantai Dalam, pada bulan April 2010 dengan Datuk Bandar KL, namun sehingga sekarang belum ada jawapan. No. Pend. 770825-01-6025 RS. TQ Dato’ harap mendapat perhatian Dato’.

Updated:

Permohonan telah dibawa ke Mesyuarat JK Peruntukan Rumah Awam & diluluskan. Namun, surat tawaran hanya akan dikeluarkan tertakluk kepada kekosongan unit.

Mokhtar Abdl Aduwad

Aduan:

Salam Dato RNC ….merujuk dari mesyuarat majlis perundingan belia kawasan bandar tun razak yang lalu … Masalah downtown cheras masih belum dapat diselesaikan …… Isu penganjur yang tamak mengunakan keseluruhan tempat letak kereta sebagai tapak perniagaan…. sehingga pengunjung terpaksa meletakkan kereta dibahu2 sepanjang jalan yang menyebabkan kesesakkan lalulintas…… Ini menyukarkan penguna, ambulance dan jentera bomba jika berlaku sebarang kecemasan….. Saya mencadangkan agar lokasi Downtown Cheras di tukar ke Stadium Bukit Jalil yang lebih luas dan di selia sendiri oleh DBKL ….. Agar ianya lebih tersusun…. Saya berharap masalah dan cadangan ini dpt perhatian dari pihak Dato’…. Sekian…Terima kasih… Selamat. Menyambut Hari Raya Aidil fitri

Jawapan:

Dimaklumkan bahawa salah satu matlamat awal penubuhan Bazaria larut malam Downtown Cheras adalah untuk memajukan Pusat Penjaja Velodrome yang sebelum ini kurang mendapat sambutan.

Kesesakan lalulintas adalah disebabkan oleh peniaga haram yang berniaga di bahu-bahu jalan dan dbkl sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu tersebut.Bagi cadangan untuk memindahkan bazaria larut malam Downtown Cheras, DBKL berpendapat tindakan berkenaan akan menyebabkan pusat penjaja tersebut kurang maju dan tidak dikunjungi orang awam.

=========================================================================

Seperti yang ramai sedia maklum, Dato’ Raja Nong Chik meluangkan masa selama sejam bersama orang ramai supaya orang ramai dapat membuat aduan dan ‘suggestion’ secara terus kepada Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ini. Biasanya diadakan pada pukul 5 – 6 petang setiap hari rabu. Namun, kadangkala ditukar ke waktu lain jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan, dan notis pemberitahuan mengenai penukaran waktu itu akan letakkan terlebih dahulu.

Bagi aku, cara Raja Nong Chik ini ada kelainan sikit daripada cara menteri lain menerima aduan. Memang lah kita ada saluran yang lebih ‘teratur’ dan mengikut prosedur, tapi cara ini juga menyenangkan semua pihak. Sesiapa yang ingin membuat aduan, hanya memerlukan akaun Facebook dan dia boleh mengadu secara terus.

Lagi aktiviti Raja Nong Chik.

    • Ku Mahadi
    • October 20th, 2010

    Assalamualaikum Dato’,

    Terlebih dahulu Jutaan terima-kasih di atas kesungguhan Dato’untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Warga Kota.
    Dikesempatan ini, izinkan Saya mengemukakan maslah yang dihadapi oleh Saya Khususnya dan Penduduk Apartment Seri Gembira Amnya yang berugama islam;
    Masalah Pertama;

    Sebahagian kawasan Padang Permainan telah bertukar menjadi Kuil (Rumah Ibadah)yang dahulunya amat btenang dan sesuai dijadikan tempat Riadah dan permainan kanak-kanak. Bukan setakat itu sahaja, aktivita keugamaannya dengan tiupan seruling,gendang dan sebagainya amat menggangu Kami Penduduk terutama waktu malam (hingga Larut malam).Saya melihat pihak berkenaan telah mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kemurahan hati Perdana Menteri dan juga menggunakan isu Agama, maka mereka telah bermaharaja lela menceroboh Tanah Kerajaan. Ianya amat ketara menjejaskan kerharmonian dan keselesaan Penduduk sekitaranya. Tidak cukup setakat itu sahaja, banyak kali jalan dihalang dengan rombongan yang membawa Berhala mereka tanpa mengira wakt

    • Ku Mahadi
    • October 20th, 2010

    Assalamualaikum Dato’,

    Terlebih dahulu Jutaan terima-kasih di atas kesungguhan Dato’untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Warga Kota.
    Dikesempatan ini, izinkan Saya mengemukakan masalah yang dihadapi oleh Saya Khususnya dan Penduduk Apartment Seri Gembira Jalan Trolak off jalan Ipoh batu 4.5.Kuala Lumpur amnya yang berugama islam;

    Masalah Pertama;

    Sebahagian kawasan Padang Permainan telah bertukar menjadi Kuil (Rumah Ibadah)yang dahulunya amat tenang dan sesuai dijadikan tempat Riadah dan permainan kanak-kanak. Bukan setakat itu sahaja, aktiviti keugamaannya dengan tiupan seruling,gendang dan sebagainya amat menggangu Kami Penduduk terutama waktu malam (hingga Larut malam).

    Saya melihat pihak berkenaan telah mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kemurahan hati YAB.Perdana Menteri dan juga menggunakan isu Agama, maka mereka telah bermaharaja lela menceroboh Tanah Kerajaan. Ianya amat ketara menjejaskan kerharmonian dan keselesaan Penduduk sekitarnya. Tidak cukup setakat itu sahaja, banyak kali jalan dihalang dengan rombongan yang membawa Berhala mereka tanpa mengira waktu.

    Saya merayu jasabaik Dato’ menyelesaikan aktiviti tersebut demi keharmonian semua kaum. Ini bukan bermakna Saya anti ugama lain tetapi Saya percaya ada udang di sebalik batu; yang jelas mereka cuba menjadikan Tanah tersebut menjadi HAK MILIK Kumpulan mereka.

    Saya berpendapat, jika aktiviti ini tidak dibendung dengan segera, mereka akan meluaskan lagi kawasan aktiviti mereka yang akhirnya tidak mustahil keseluruhan Taman Permainan tersebut akan menjadi Milik Mereka.

    Tindakan positif oleh pihak Dato’ amatlah dihargai.
    Sekian, terima kasih.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: