Harga barang di musim raya dipantau

Setelah kecoh cerita subsidi yang kerajaan tarik balik, dah kurang sikit orang bercakap. Tapi di musim raya ni bahaya jugak kalau biar peniaga tentukan sendiri harga barang. Kerajaan kenalah kawal. Tambah- tambah pula kalau barang yang semua orang nak guna di musim raya ni. Ni ada satu berita yang sebenarnya amat membimbangkan.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Harga Gandum dan Tepung Gandum Dipantau

Kuala Lumpur, 6 Sept – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang memantau harga gandum dan tepung gandum dalam negara setelah Rusia iaitu antara pengeluar gandum terbesar dunia menghentikan eksport gandumnya baru- baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata Rusia menghentikan eksport gandum buat sementara waktu akibat kemarau yang melanda negara itu.

“Tetapi langkah Rusia itu tidak menjejaskan bekalan dan harga tepung gandum di Malaysia kerana Malaysia turut mengimport gandum dari negara lain.

“Selain mengimport gandum dari Rusia, Malaysia mengimport gandum dari Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, maka tidak timbul isu kenaikan harga atau masalah bekalan tepung dan gandum di Malaysia,” katanya di sini Isnin.

Mengenai Skim Kawal Harga Musim Perayaan (SKHMP) yang berkuat kuasa dari 3 Sept hingga 17 Sept ini, Ismail Sabri berkata sehingga kini KPDNKK tidak menerima aduan daripada pengguna mengenai sebarang jualan barangan yang melebihi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya kementerian tersebut akan sentiasa melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dari musim perayaan ini untuk menaikkan harga barangan…..

Sumber: Bernama.

Semalam aku pergi ke supermarket, memang ada ditunjukkan harga barang terkawal. Di antara nya adalah tepung gandum, ayam dan beberapa barang ‘panas’ lain. Aku ke Mydin semalam. Perkara utama di fikiran adalah hendak beli ayam. Dalam berita di awal Ramadan baru baru ni, ada menunjukkan harga ayam adalah RM7.00 sekilo. Wah! Memang mahal. Tapi semalam, di Mydin harga ayam di paras RM6.69 sekilo. Aku agak ni mesti kerajaan telah menetapkan harga ayam supaya tidak melampau tinggi.

Baguslah kalau macam tu. Peniaga pun kena fikir juga pasal rakyat, bukan kerajaan saja. Ini tidak, mereka sesuka hati saja menaikkan harga barang barang harian. Kalau pembeli yang bergaji tinggi tu, tak apa la. Beli barang dapur tanpa tengok harga pun. Tapi harga RM7.00 sekilo tu pun, orang yang berpendapatan sederhana fikir 2 3 kali sebelum beli. Apatah lagi golongan yang berpendapatan rendah.

Sekarang subsidi dah berkurang untuk rakyat, bukan sebab untuk menaikkan harga barang tapi sama-sama mengharungi tempoh susah bersama sama.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: