Sultan Selangor Sokong Pembangunan Kampung Baru – Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong dan bersetuju dengan keputusan kerajaan membangunkan Kampung Baru, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Bagaimanapun, baginda menitahkan supaya Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman yang menjadi mercu tanda di kawasan itu, mesti dikekalkan.

“Baginda mengalu-alukan pembangunan Kampung Baru. Yang penting baginda bertitah jangan lupa sejarah yang ada di Kampung Baru.

“Dua mercu tanda ini, baginda minta jangan diubah, boleh diubahsuai, tetapi jangan dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal kawasan Lembah Pantai hari Rabu.

Raja Nong Chik yang mengadap Sultan Selangor semalam, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan itu.

Beliau berkata Sultan Selangor juga mengingatkan supaya ciri-ciri dan kepentingan orang Melayu dipertahankan, seiring pengkomersialan tanah di Kampung Baru agar setimpal dengan harga pasaran pada ketika ini.

“Ini supaya pemilik dan pewaris tidak terlalu jauh mereka punya harga dengan harga pasaran. Jadi, kita perlu mencari satu model yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telahpun berbincang mengenai model yang sesuai dan akan diserahkan kepada pemilik serta pewaris untuk dipilih.

Terdahulu, Raja Nong Chik menyampaikan sumbangan kepada 100 anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Asuhan Hajah Kamariah Kampung Medan.

Sumber: BERNAMA

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: