Bahaya hubungan bebas di kalangan remaja

Salam,

Sejak kebelakangan ni, hubungan bebas di kalangan remaja di paras yang amat membimbangkan. Sebenarnya dah banyak pihak sudah membincangkan isu ni jadi aku rasa tak perlulah aku huraikan kembali punca, kesan dan seumpama dengannya. Blog-blog pon dah bersepah-sepah untuk kita kutip semua fakta-fakta mengenai isu ni. Mungkin ada yang kata isu ni kecil atau isu ni sudah terlalu lama untuk dibincangkan kembali. Tapi aku rasa amat berpatutan untuk ditimbulkan kembali.

Setiap hari kita berblog pasal politik, marilah kita sekali sekala jenguk tengok anak muda kita sedang buat apa. Ambil tahu apa isu hangat yang sedang mereka sibukkan. Bukan setakat beri duit, hantar ke kolej mahal, belikan pakaian berjenama, belikan kereta yang segak. Bukan itu caranya kita didik pewaris generasi kita. Mungkin kita percayakan anak kita tapi jangan percaya kepada keadaan sekeliling. Apa yang berlaku sekarang?

Nurul Gersang pasang jerat di Facebook
Oleh Zulfa Mohamad
bhnews@bharian.com.my
2010/07/20
KEPALA BATAS: Seorang gadis yang menamakan dirinya ‘Nurul Gersang’, dikesan menggunakan Facebook bagi menawarkan diri untuk menjadi teman tidur sebagai helah untuk menjerat mangsa.

Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa.

–diambil dari Berita Harian

Dua remaja perempuan dipercayai hilang

2010/07/20
KUALA LUMPUR: Dua remaja perempuan dari Brickfields di sini dan Batang Kali, Selangor, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu dipercayai mengikut teman lelaki masing-masing.

Dalam kejadian pertama, Katherine Chin, 14, tidak pulang ke rumah selepas menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 12 Julai lalu.

—diambil dari Berita Harian
Dalam blog mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau ada suarakan kebimbangan beliau pasal masalah remaja kita yang makin berleluasa.

But I am concerned about the dissemination of pornographic material. I am concerned because there can be no doubt that sex related crimes are more common today due to the easily excitable young having access to filthy pornographic material. Sexual immorality among youths is more common today than ever before.

—diambil dari Blog Che Det

Jadi, aku rasa inilah masanya kita perketatkan lagi apa jua peraturan yang sesuai dengan fenomena sekarang. Tak kiralah peraturan di rumah, di sekolah, di laman-laman web dan juga di tempat awam. Seperti mana yang Tun Dr. Mahathir sarankan, kita sudah memiliki teknologi yang membolehkan kita membataskan ‘virus’ yang memakan masa depan anak remaja kita ini. Tak guna kalau di rumah dan di sekolah pelbagai peraturan dan undang-undang dilaksanakan sedangkan mereka masih mempunyai jalan alternatif lain.

Kalau lihat di tempat-tempat anak muda sekarang ‘berdrama’, seperti di tasik-tasik, pusat membeli belah dan seumpama, mereka seperti tidak malu dan tidak kisah untuk menunjukkan belang masing-masing. Kalau gejala-gejala yang tidak sihat ini tidak dibanteras awal-awal, aku jamin masa depan negara memang gelap.

  1. tu la.. memang keadaan skrg ni amat membimbangkan.. waktu sekolah pun, bulih nmpk ramai bdk sekolah ponteng dengan uniform skali.. huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: