Pemilik diberi kuasa pilih pemaju pulih flat

Aku rasa mesti ramai yang ada baca pasal berita ni. Malah ada yang lontarkan pendapat membina, ada juga yang luahkan rasa tak puas hati. Tapi pada pendapat aku, ni adalah salah satu cara dari kementerian dan Datuk Raja Nong Chik, supaya tiada berat sebelah dalam memilih pemaju.

Ada yang kata kenapa serahkan pemilihan dan keputusan pada rakyat, sedangkan rakyat tak tahu apa-apa. Tapi rakyat boleh rujuk pada kementerian kalau mereka tak tahu, betul tak? Kementerian lebih daripada bersedia nak tolong rakyat-rakyat dari segi pemilihan dan keputusan. Jadi apa lagi yang mereka tak puas hati?

Pemilik diberi kuasa pilih pemaju pulih flet

2010/03/05

KUALA LUMPUR: Buat julung kali pemilik flet di bandaraya Kuala Lumpur akan diberi hak untuk memilih syarikat yang akan membangun-kan semula flet milik mereka selaras dengan konsep 1Malaysia.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata 480 pemilik rumah flet empat tingkat PKNS Kampung Kerinchi akan diberikan kuasa untuk memilih syarikat yang akan membangunkan semula flet mereka pada 12 Mac ini melalui pengundian secara sulit.

“Sejak tawaran pembangunan semula dibuka pada November lepas, empat syarikat menunjukkan minat untuk mengendalikan pembangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Proses pengundian ini dilakukan bagi pemilik flet membuat pemilihan cadangan yang paling sesuai dengan kehendak masing-masing, dan juga bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kementerian itu, katanya.

Beliau berkata, sebelum pengundian dijalankan satu taklimat akan diadakan di mana kementerian akan mendedahkan kepada pemilik flet nama pemaju yang berminat membangunkan semula flet itu, berserta pelan pembangunan mereka.

Raja Nong Chik berkata, pengundian itu akan dilakukan selepas taklimat yang akan diadakan pada jam 8 malam pada 12 Mac ini di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Jalan Kerinchi Kiri, Lembah Pantai.

“Pengundian secara sulit akan diadakan diikuti proses pengiraan terbuka dan seterusnya pengumuman pemaju yang dipilih pada malam itu juga, ” katanya.
Beliau berharap proses pemilihan pemaju ini tidak lagi dipolitikkan atau didakwa berat sebelah oleh segelintir pihak yang sentiasa bersikap negatif terhadap langkah kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Langkah ini menunjukkan keikhlasan kerajaan BN untuk bantu rakyat miskin hidup dengan lebih selesa di bandaraya ini, selaras dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Raja Nong Chik yakin proses ini adalah langkah terbaik untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan pembangunan yang bakal dilaksanakan kementerian itu. – Bernama

Sumber: Berita harian online

Ya lah, kalau kita kat kampung, atau kita ada tanah sendiri. Kita sendiri yang pilih siapa tukang rumah atau syarikat kontraktor yang nak bina rumah kita. Macam tulah yang Raja Nong Chik nak buat. Cuma, bila pemaju tu buat kerja, kementerian akan pantau la. Jadi apa lagi yang tak puas hati?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: