Menteri Wilayah jumpa orang ramai pasal isu kepala babi

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik melawat tempat kejadian, Masjid Imam at-Tirmizi 2 hari lepas. Dia kata jangan terpengaruh dan serahkan sepenuhnya pada pihak polis untuk buat siasatan penuh.

Boleh baca berita penuh di Utusan.

menteri wilayah lawat Masjid Imam at-Tirmizi

menteri wilayah lawat Masjid Imam at-Tirmizi

Kalau ikutkan hati, siapa yang tak terbakar hati jantung semua bila kejadian macam ni berlaku. Kalau ikutkan hati dan perasaan, memang semua benda boleh terjadi. Tapi cuba fikir betul-betul. Kalau si A letak kepala babi kat tangga masjid. Lepas tu si B pergi bakar tempat suci agama lain. Pastu si C pergi kencing kat masjid lain. Lepas tu si D pergi conteng kat dinding tempat ibadat agama lain. Dah tu, bila kesudahannya? Mana penghujung cerita? Bila nak ‘happy ending’ nya? Cerita takkan sudah. Hero takkan menang dan orang jahat takkan kalah.

Sebab tu lah Raja Nong Chik kata bertenang. Dalam hati dia pun mesti tengah terbakar jugak tu. Tapi sebagai pemimpin bukan senang-senang boleh keluarkan ayat dan ambil tindakan sendiri. Ini tidak. Ada sesetengah pemimpin, ambil tindakan sendiri dan ikut perasaan. Dalam Islam pun, dalam segala hal kena bermesyuarat. Kena berbincang, baru ambil keputusan. Kalau ikut sendiri-sendiri, sebab itulah jadi pecah belah habis.

Aku bukan nak api-apikan sesiapa, malah jauh nak kutuk sesiapa. Tapi dalam keadaan ikatan kita yang dalam keadaan tak kukuh ni. Senang je pengaruh luar nak bagi kita tumbang. Bila tumbang, susahlah nak bangun balik. Jadi, nak elakkan perkara-perkara yang tak diingini, eloklah kita bersatu padu semua.

Macam mana nak bersatu padu? Dengar nasihat pemimpin, dan serahkan pada pihak berkuasa supaya yang bersalah dapat dihukum dengan adil. Bukan ke elok begitu. Haha! Itu sebabkan penting kita pilih pemimpin yang kita percaya boleh bawa kita ke arah yang lebih baik. Jadi, kepada Raja Nong Chik. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan dengan aman dan mengeratkan lagi ikatan kita sesama rakyat Malaysia, k!

  1. The most comprehensive info I have found on this subject on the net. Will be back soon to follow up.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: