Raja Nong Chik di Ambang 2010 KL

Raja Nong Chik pun turut serta sambut tahun baru. Memang la tak pelik kalau pak-pak menteri atau orang kenamaan nak sambut tahun baru, tapi pak menteri yang seorang ni memang biasa nampak di kalangan rakyat umum. Selalu nampak beliau di kawasan setinggan. Selalu juga turun ke kawasan perumahan kos rendah. Kali ni nampak lagi muka beliau di Dataran Merdeka. Sambutan tahun baru kat Dataran Merdeka tu bukan untuk orang muda saja ye.

Tahun baru 2010 disambut meriah dan berwarna warni

KUALA LUMPUR: Pertunjukan bunga api berwarna warni, muzik dan tarian bergema sekitar Kuala Lumpur ketika berpuluh ribu orang berpesta menyambut kedatangan Tahun Baru 2010.

Jalan-jalan utama ditutup bagi membolehkan pengunjung mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 dan bersama-sama mengikuti kiraan detik ke Tahun Baru sambil diselangi persembahan daripada artis tempatan dan luar negara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyertai lebih 20 ribu rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka bagi menyambut ketibaan Tahun Baru 2010 sambil menyaksikan Konsert Ambang 2010 Kuala Lumpur anjuran AmBank Group.

Laungan “Selamat Tahun Baru” dan “Satu Malaysia” bergema di udara dan diiringi dentuman bunga api mewarnai bandaraya Kuala Lumpur sebaik saja jam menunjukkan tepat 12 tengah malam. – Bernama

Saya rasa ni adalah salah satu cara beliau untuk tunjukkan kepada orang awam bahawa menteri-menteri atau ahli politik pun adalah manusia biasa. Nak sambut hari-hari penting seperti orang lain. Saya rasa cara Raja Nong Chik ini tak salah, malah sepatutnya dipandang positif oleh semua pihak.

Ni ada beberapa gambar yang saya ambil dari facebook beliau. Walaupun saya turut serta ke Ambang 2010 KL tu tapi tak berkesempatan nak bergambar dengan Raja Nong Chik. Heh heh!

Raja Nong Chik

Raja Nong Chik

Lagi gambar Raja Nong Chik.

Raja Nong Chik

Raja Nong Chik

Raja Nong Chik

Raja Nong Chik

Memang saya tak nafikan yang banyak gelaja-gelaja sosial dan aktiviti kurang sihat berlaku ketika aktiviti-aktiviti seperti ini diadakan, tapi jika ia dilakukan dalam keadaan terkawal pasti perkara yang tidak elok dapat dielakkan. Setidak-tidaknya, kita dapat mengajar dan menunjukkan contoh yang baik mengenai menyambut hari-hari penting itu elok tapi hendaklah berpada-pada. Betul tak, Raja Nong Chik! Hehe!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: