Alien bawa balik Roti John

Hujung minggu lepas masa tengah lepak-lepak waktu petang, kawan kata nak beli makanan di pasar malam. Alamak! Banyak gambar cun boleh di’tembak’ di pasar malam. Tapi last minit punya pasal, kamera kat rumah. Kawan heret pergi pasar malam. Malas sebenarnya, layan movie Monster vs Alien lagi bagus. Tak tengok lagi tp cdnya dah dibeli lama dah. Terpaksa lah menapak ke pasar malam.. err kat mana ye? Tak ingat tapi rasanya di Taman Setapak Jaya, KL.

pasar malam

pasar malam

pasar malam

pasar malam

Jangan pandang remeh pada pasar malam. Bak kata pak cik astro.. Semua ada!! Haha~!! (tak lupe bab tu). Kawan tarik juga. Dia kata nak makan roti john. Alahai~! Apa yang susah sangat. Buat sendiri la. Tapi lain wo~! Kalau terer tak pe la, tapi kalau yang masyuk mcm ni..

roti john

roti john

Fuhh~! Meleleh beb! Kadang-kala pegi pasar malam semata-mata nak beli roti john, tapi hasilnya tak memuaskan. Memang susah nak carik yang betul-betul laju je masuk kerongkong tekak ni. Tapi bayangkan kalau-kalau Alien dalam Monster vs Alien tu tibe-tibe termakan roti john sebelum sempat dia serang bandar tu. Haha~! Tak sempat serang mesti dier duduk je depan gerai roti john tunggu giliran.

Kalau roti john yang anda beli di gerai-gerai pasar malam atau mana-mana, tidak menepati citarasa anda. Roti john tu senang saja nak buat sendiri. Saya tak perlu tulis kat sini cara buat roti john tu, sebab kalau anda tanya saja pakcik google tu, pasti berbelas-belas helaian dia boleh paparkan.

Alamak! Dok cerita pasal roti john, rasa nak makan la pulak. Supper malam ni confirm ROTI JOHN!!

  1. Bagaimana pergi ke sana beli tu roti john? Tiada Google Coordinator kah?

    • Prorajamoden
    • December 24th, 2009

    oh! biasanye kat mana2 pasar malam memang ada roti john, cuma menepati citarasa atau tidak. Cuma perlu cari di mana ada pasar malam ^_^

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: