Raja Nong Chik dan bola sepak negara

Salam 1Malaysia,

Ada dengar berita pasal bola sepak negara yang sedang beraksi di Sukan SEA di Laos tak? Dengar kata ada perubahan. Dengar kata juga masih tidak seperti yang disangkakan. Juga ada yang mengatakan tidak berminat. Tapi sampai bila? Hmmm..

Saya akui saya kurang mengikuti apa yang terjadi di Laos, sekadar mendengar berita sukan di TV3 pada pukul 8 dan membaca berita-berita yang tersiar di Berita Harian dan NST. Tapi bila Malaysia mampu mengalah Thailand seperti yang sudah digembar-gemburkan di media massa, saya rasa sudah tiba masanya bola sepak negara bangkit.

Hari-hari dengar radio ulasan dari dj-dj mengenai kemenangan Malaysia ke atas Thailand dan tuan rumah, Laos. Hari ini bila masuk saja office, dan bila buka saja facebook muka Raja Nong Chik terpampang di dinding (wall kat facebook laa ^_^ ). Komen beliau mengenai bola sepak tanah air.

Raja Nong Chik FB

Raja Nong Chik FB

Saya memang menjadi fan di page Raja Nong Chik. Oleh itu sedikit sebanyak saya ter’update’ dengan berita-berita kemasyarakatan yang sedang beliau jalankan. Tidak cukup 24 jam sehari, tapi beliau masih mempunyai kesempatan untuk mengetahui berita-berita terkini mengenai sukan tanah air. Mungkin antara kita fikir “buat apa ambil tahu mengenai sukan tanah air, UEFA dan World Cup jauh lebih tinggi standardnya berbanding bola sepak negara”.

Wah! Wah! Bukan main lagi. Tapi bolehkah anda jawab soalan ini ” apa yang anda dapat dari sokongan anda ke atas mereka semua tu?”. Jawapannya mereka akan diagungi, bertambahlah pendapatan mereka, barangan sukan mereka semakin laku. Jika sokongan anda berpihak kepada bola sepak negara, perkara yang sama juga turut terjadi. Dan yang menguntungkan kita, ekonomi negara akan makin memberangsangkan. Siapa untung? Kita juga yang untung. Maka fikir-fikirkanlah.

6defeats_cartoon - rajanongchikclub

6 defeats in a row

Oh! Kalau anda adalah pendengar setia di radio Hitz fm, anda pasti tahu cerita ini. JayJay dan Ian (dj-dj pagi Hitz fm) membuka topik mengenai perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand. Ini terjadi ketika beberapa jam sebelum perlawanan, iaitu di pagi hari perlawanan. Ada seorang pendengar mereka yang menelefon untuk memberikan pendapatnya. Dia berkata bahawa Malaysia tidak akan mampu mengalahkan Thailand kerana selama ini itu yang terjadi, dan memang diketahui ramai yang Thailand adalah musuh utama dalam arena bola sepak. Maka dj radio tersebut mencabar beliau untuk melakukan aksi berani tak mati, iaitu melaungkan MALAYSIA BOLEH!! di puncak menara KL dan itu dipersetujui.

Dan yang terkini, mereka sedang mengaturkan adegan tersebut. Haha!! Ini bukan ‘mindset’ minoriti rakyat di Malaysia bahkan saya percaya majoriti. Tapi ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan ‘mindset’ majoriti inilah yang menjadi pendorong buat skuad bola sepak negara.

Apa-apa pun, syabas buat mereka yang membuktikan bahawa kita mampu mencipta sejarah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: