Memandu seperti F1

Salam 1Malaysia,

Anda ada kereta? Biasa tak memandu di Kuala Lumpur? Kali ni saya rasa saya nak tulis pasal habit-habit para pemandu di Kuala Lumpur secara umumnya. Saya bukanlah mahu mengutuk tapi blog adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pada mereka yang biasa ‘blog-walking’ lah. Kalau tak buka blog, macam mana nak sampai kepada mereka.

Saya bukanlah sudah lama memandu di KL nih, adalah dalam nak dekat 2 tahun. Dan inilah pemerhatian saya sepanjang saya memandu di sini. Saya pernah memandu di Selangor (setiap hari kerana tinggal di Selangor tapi bekerja di KL),Kelantan, Johor, Terengganu, Kuantan, England, Spain, dan Ireland. Memang tidak banyak, jadi harap maafkan saya kalau analisis saya tidaklah setepat yang sepatutnya, ataupun anda memang dah biasa dengan perkara tersebut jadi ia tidaklah menjadi masalah besar bagi anda.

Pemandu-pemandu kereta di KL suka beri jalan pada orang lain. Kalau hendak dibandingkan dengan pemandu-pemandu di Johor dan Kuantan(maaf orang Johor dan Kuantan, tapi ini telah beberapa kali berlaku kepada saya), mereka agak ‘kurang senang’ dengan pemandu-pemandu luar. Pernah sekali, saya ke Kuantan kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan kawan. Di jalan besar, saya berhenti di tepi kerana ingin menjawab panggilan telefon yang agak penting(haha! kerana ingin bertanya arah ke rumah si pengantin). Kemudian, apabila saya hendak sambung kembali perjalanan saya, saya beri ‘signal’ dan bila lihat tiada kereta terus saja saya masuk ke jalan besar. Ada sebuah kereta dari arah yang sama tapi lorong yang paling kanan, terus saja menghimpit saya. Saya faham bahawa dia ingin juga ‘turut serta’ di lorong yang sama. Tapi melihatkan saya yang terlebih dahulu memberi signal dan masuk ke lorong tersebut, saya rasa sayalah yang lebih berhak. Dengan tangkas, dia terus menekan hon panjang dan berkali-kali. Saya agak terkejut.

Terasa seperti tidak dialu-alukan di ‘kawasan orang’. Walaupun kedudukan kereta saya ketika itu betul-betul di lorong tersebut, dia terus menghimpit saya maka saya pun berilah ruang. Dalam hati, dah setahun lebih (pada masa itu) saya memandu di KL tidak pernah pula di’gasak’ sebegitu rupa. Mungkinlah dia nampak seperti saya yang salah, tapi itukah cara dia ‘berkomunikasi’?

Oh! Satu lagi ceritera saya ketika memandu. Ketika saya terpaksa ke Jalan Chow Kit. Faham-faham sajalah bagaimana keadaan sesaknya di jalan-jalan seperti Chow Kit, Jalan TAR, Jalan Tun Razak. Kalau boleh ingin saja saya terbang, walaupun hanya beberapa meter ke destinasi. Kalau boleh!

Kereta pelbagai jenis dan rupa sedang ‘beratur’, dalam kepanasan pula tu. Semua ingin sampai ke tempat tuju. Ada sebuah kereta dari arah kiri saya, mungkin tidak sengaja atau tidak nampak saya. Hampir melanggar pintu belakang kereta saya. Kerana dia ingin menyelit ke lorong saya. Kemudian, dia mengangkat tangan dan senyum tanda maaf. Melihatkan itu, saya sejuk hati kerana budi bahasa yang ditonjolkan. Kemudian, beberapa hari selepas itu, saya ke sebuah gerai makan (di Damansara, Selangor) seperti biasa, makan dan berbual-bual bersama kawan-kawan. Ketika saya mahu pulang, saya masuk kereta dan start enjin. Toleh belakang, kiri dan kanan, tiada kereta. Masuk gear ‘bawah paling kanan’, lihat jalan sekali lagi dan terus undur. Kemudian, bila saya mahu terus ke depan, ada sebuah kereta dari arah parking bertentangan turut mengundur, padahal kereta saya betul-betul di belakang kereta dia. Mungkin kerana kereta dia besar dan ber’bumper’kan besi, maka dia terus saya mengundur tanpa melihat jalan. Saya dalam keadaan terkejut, terus menekan hon. Lepas saja hon berbunyi, bergegar kereta saya seketika. Pintu belakang kanan kereta saya, kemek sedikit. Saya masuk kembali ke parking, ingin melihat dengan jelas. Tiba-tiba kereta tersebut pecut tanpa sebarang ragu-ragu lagi. Terpinga-pinga saya seketika.

Sedih sekali saya, melihatkan perangai sebegitu. Mungkin kita sukar mengubah beribu-ribu perangai negatif orang, tapi semua itu bermula dengan beberapa orang. Marilah kita menjadi beberapa orang tersebut, dan jadikan KL sebagai bandar yang terkenal dengan pemanduan berhemah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: