KL prihatin

I’ve been thinking about where KL will be in the near future, since the first day Raja Nong Chik sat on the FT Minister’s chair. Maybe Raja Nong Chik wants to make KL as  Malaysia’s centre of economic, but seeing Raja Nong Chik care more about people’s welfare make me think that he might want to make KL as a nice place for every sector and for every level of Malaysians.

raja nong chik

He can say by words how he wants KL to be, but we can only understand it by what kind of changes he makes in order to achieve what he targeted.

Here is an article I took from Berita Harian Online, about one of the aims that Raja Nong Chik had talked about.

~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!

Sentral: Warga kota terhimpit

Oleh Hanisah Selamat

Nong chik tekad jadikan KL prihatin golongan berpendapatan rendah

KUALA LUMPUR: Ramai menganggap warga kota hidup senang lenang dan bergaji besar, sedangkan hakikatnya dengan jumlah ahli keluarga serta tanggungan ramai, sebilangan daripada mereka terhimpit hingga tertekan dan mula menyalahkan kerajaan.

Ini diakui Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, yang bertekad merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelas pertama yang prihatin terhadap warganya terutama golongan terbabit yang kebanyakannya berpendapatan rendah.

“Pelbagai agenda serta perancangan berterusan dirancang di peringkat kementerian dan agensi berkaitan bagi membantu golongan itu sekali gus membasmi kemiskinan bandar yang sememangnya menjadi misi kerajaan sejak dulu.

“Mereka yang bukan dari kelompok miskin tegar juga turut menerima sokongan sewajarnya berdasarkan keperluan seperti skim bantuan persekolahan, pemberian lesen penjaja atau kemudahan Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya kepada Sentral di sini, semalam.

Beliau berkata, mengikut populasi kepadatan, 63 peratus penduduk adalah di bandar besar dengan 53 peratus daripadanya orang Melayu.

“Dengan penambahan skop Kesejahteraan Bandar yang merangkumi pelbagai aspek, selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pelaksana dasar, lebih banyak agensi lain akan membantu.

“Begitu juga dengan sasaran setinggan sifar, sememangnya PPR sedia ada cukup untuk menampung setinggan di tanah kerajaan, namun kita masih mengamalkan diplomasi dengan memberikan tempoh tertentu untuk memastikan semua pihak terutama penduduk mendapat manfaatnya,” katanya.

Mengulas mengenai tawaran Skim Pembelian PPR, Raja Nong Chik berkata, daripada 36,000 borang yang diedarkan kepada penyewa, lebih 50 peratus sudah diisi lengkap menandakan rakyat menyambut baik usaha kerajaan menawarkan rumah mampu milik kepada golongan sasaran.

“Tawaran dibuka hingga akhir bulan ini, malah pesara juga boleh menggabungkan nama anak atau saudara terdekat untuk memohon pinjaman manakala Skim Jaminan Pinjaman Kredit turut ditawarkan untuk pemohon yang tidak mempunyai pengesahan pendapatan.

“Bagi penyewa di PPR yang tidak dijual, mereka akan ditawarkan membeli unit di PPR lain kerana banyak faktor menyebabkan unit sewaan mereka tidak dijual termasuk usianya yang sudah terlalu lama selain perancangan pembangunan,” katanya.

Antara tumpuan utama lain adalah sistem pengangkutan awam dengan memperluas rangkaian pengangkutan LRT hingga ke Puchong, Kota Damansara ke Cheras dan Subang Jaya sekali gus mengurangkan kemasukan kenderaan persendirian ke bandaraya dan mengelakkan kesesakan di laluan keluar masuk Kuala Lumpur.

Katanya, Skim Penyuraian Trafik sekitar Brickfields dan Bangsar dengan peruntukan berjumlah RM110 juta untuk mengatasi masalah kesesakan juga akan dijalankan secepat mungkin yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk disempurnakan.

Source: Berita Harian Online

~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!~!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: