Ini ke budaya kita?

Apa budaya Malaysia sebenarnya? Saya pernah lihat dan baca budaya negara lain. Setiap negara pasti ada budayanya yang tersendiri, tak kiralah sama ada tiru budaya orang lain dan jadikan budaya sendiri ataupun cipta budaya yang tiada pada negara lain. Kalau tanya orang lain, pasti kita akan dapat jawapan yang bebeza.

Dan kali ni saya nak ‘tangkap’ budaya-budaya yang saya harap kita dapat jadikan ‘trademark’ kita.

Kalau sesat, jangan malu bertanya

Kalau sesat, jangan malu bertanya

Oh, lupa nak bagitahu. Gambar-gambar ni semua saya ambil masa saya jalan-jalan di KL. Kalau ada gambar menarik, terus saya tekan butang kat kamera. Haha ^_^

Amalan membaca di mana-mana saja

Amalan membaca di mana-mana saja

Sejuk mata kita tengok kalau budaya-budaya semua ni betul-betul kita amalkan.

Budaya melintas di tempat yang betul

Budaya melintas di tempat yang betul

Amalan-amalan semua ni bukan sahaja sepatutnya melambangkan identiti sesebuah negara tapi malah juga untuk menjaga keselamatan orang ramai. Kalaulah rakyat Malaysia, terutamanya orang KL, dapat amalkan budaya melintas di tempat yang betul. Statistik kemalangan yang melibatkan pejalan kaki dapat dikurangkan. Sedih kan?

Amalan menderma pada yang memerlukan sepatutnya

Amalan menderma pada yang memerlukan sepatutnya

Rata-rata kita ada banyak jumpa peminta sedekah. Sebagai orang lebih mampu dari mereka, sepatutnya kita hulur seringgit dua. Kalau betul-betul mereka golongan yang patut menerima, kita dapat pahala dan mereka senang. Kalau mereka golongan yang tipu, kita dapat pahala dan mereka dapat dosa. Betul tak?

Bazaar harian

Bazaar harian

Ini pula, kita sepatutnya sangat berterima kasih kepada pihak yang menyediakan kemudahan ni. Saya boleh katakan kita patut berbangga dengan wujudnya bazaar-bazaar seperti ini.

Oklah, saya rasa sampai sini dulu. Saya rasa banyak lagi yang kita boleh tonjolkan, budaya-budaya positif yang golongan minoriti amalkan setiap hari. Kita cuma perlu ambil perhatian dan tiru. Tak salah, bukan?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: