Masjid Badshahi dah pindah ke Kuala Lumpur?

Hi all,

Pelik tapi benar! Jangan salah anggap. Baca petikan berita ini betul-betul.

~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#

Model Masjid Badshahi tarikan baru Muzium Kesenian Islam

KUALA LUMPUR: Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur akan mempamerkan satu lagi replika rumah ibadat bersejarah iaitu Masjid Badshahi yang terletak di Lahore, Pakistan, apabila Menteri Luar negara itu, Shah Mahmood Qureshi menyampaikan modelnya kepada pihak muzium, lusa ini.

Pengunjung boleh menilai sendiri replika Masjid Badshahi yang memiliki nilai sejarah dari segi budaya dan agama sejak dibina Maharaja Aurangzeb Alamgir, pemerintah empayar Mughal pada 1671.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur, Tahir Qazi berkata, model masjid berkenaan dibuat secara terperinci dan diserahkan kepada unit teknikal Muzium Kesenian.

“Kolej Artis Pakistan ditugaskan Kementerian Hal Ehwal Agama untuk menyediakan satu model yang memenuhi standard ditetapkan Muzium Kesenian Islam. Model itu disediakan secara terperinci dan diserahkan kepada unit teknikal Muzium Kesenian Islam yang melakukan kajian sebelum menerimanya sebagai bahan pameran,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Masjid Badshahi juga adalah yang kedua terbesar di Pakistan dan Asia Selatan serta ke-5 terbesar di dunia. Ia mampu menampung 10,000 jemaah di dewan utamanya dan 100,000 jika mengambil kira kawasan perkarangannya sekali.

Ia turut diiktiraf sebagai masjid terbesar dunia selama 313 tahun iaitu mulai 1673 hingga 1986 sebelum diambil alih Masjid Faisal di Islamabad. Masjid ini turut tarikan utama bandar kedua Pakistan, Lahore, yang disifatkan sebagai antara lambang kecantikan, semangat dan ketinggian taraf hidup penduduk pada era Mughal.

Source: Berita Harian Online

~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#

Ini gambar sebenar masjid tersebut.

Masjid Badshahi

Masjid Badshahi di kala siang hari

Di malam hari

Masjid Badshahi di malam hari

Masjid Badshahi di malam hari

Lagi gambar Masjid Badshahi

Masjid Badshahi di malam hari

Lagi Masjid Badshahi di malam hari

Saya masih belum berkesempatan menjenguk ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur. Tidak sabar saya ingin melihat model tersebut. ^_^

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: