Raja Nong Chik nak majukan Mid Valley

Selepas sejam berjalan-jalan sekitar Mid Valley Megamall, Raja Nong Chik beritahu wartawan bahawa dia nak majukan Mid Valley. Entah apa lagi yang Raja Nong Chik nak buat. Lepas uruskan hal setinggan, dia tolong peniaga kat Jalan Tar dan sekitar. Lepas tu, melawat tempat kebakaran. Tak kenal penat lelah ke Raja Nong Chik ni.

Lepas baca berita di blog Raja Nong Chik, http://rajanongchik.com/ kadang-kadang saya pelik juga. Hari-hari ada berita pasal Raja Nong Chik. Bukannya dia ada 25 jam sehari. Tapi menteri macam ni lah yang saya mahu.

Ini terbaru saya baca pasal Raja Nong Chik ada ‘big plans’ katanya untuk Mid Valley Megamall tu. Siapa tak kenal Mid Valley. Tempat shopping, entertainment, jalan-jalan, makan-makan, bahkan ada juga yang pergi saja-saja. Bukan membuang masa tapi untuk merapatkan hubungan antara kawan-kawan atau dengan ahli keluarga. Malah saya ada kawan yang pergi ke Mid Valley semata-mata ingin makan di food court Mid Valley. Berbaloi! katanya.

Raja Nong Chik nak majukan lagi Mid Valley MegamallRaja Nong Chik nak majukan lagi Mid Valley Megamall

Mid Valley sekarang pun sudah besar, malah dikatakan salah satu shopping complex terbesar di Kuala Lumpur. Bila Raja Nong Chik kata ‘big plans’, saya tak dapat nak bayangkan. Malah Raja Nong Chik bersedia menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Mid Valley tu.  Bukan senang.

Raja Nong Chik nak majukan lagi Mid Valley Megamall

Raja Nong Chik nak majukan lagi Mid Valley Megamall

Kalau beginilah Raja Nong Chik fikir untuk rakyat, nanti semua rakyat Malaysia nak kerja di kawasan KL dan Selangor. Senang, dan keperluan semua dijaga baik. Harap-harap menteri lain pun dapat sama-sama jaga keperluan dan kesenangan rakyat, sepertimana yang Raja Nong Chik buat. Barulah kita dapat realisasikan 1Malaysia.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: