Atasi masalah ‘miskin bandar’ – Raja Nong Chik

Atasi masalah ‘miskin bandar’

Oleh raja nong chik raja zainal abidin

(arkib 21/07/09)

HARI ini genaplah 100 hari saya bertugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Selaku Menteri baru dalam Kabinet, tugas dan tanggungjawab yang saya galas ini amat berat dan mencabar.

Pertama, saya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah harian seperti setinggan, kemiskinan bandar, kesesakan lalu lintas, banjir kilat, penjaja dan banyak lagi. Kesemuanya berhubung kait dengan kebajikan rakyat serta warga kota.

Kedua, saya perlu meneruskan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini dan memastikan ia dilaksanakan dengan lancar untuk manfaat rakyat.

Kedua-dua cabaran ini memerlukan komitmen dan kesungguhan, khususnya dalam mendepani masalah rakyat selain melaksanakan perancangan dengan begitu teliti dan realistik untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf kelas pertama.

Selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan, maka saya dalam tempoh 100 hari ini telah berusaha memikul tanggungjawab tersebut sebaik mungkin. Bersandarkan gagasan “Satu Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Kerana sudah berkecimpung dalam politik di bandar raya ini lebih 20 tahun, saya sedikit sebanyak memahami permasalahan warga kota. Sebaik memulakan tugas, langkah pertama ialah turun padang meninjau agensi-agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dari: Utusan Online

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: