Chow Kit dapat balai polis

KUALA LUMPUR 8 Julai – Penantian para peniaga di Lorong Haji Taib, Chow Kit yang mahukan kegiatan maksiat di kawasan itu ditangani secara terancang oleh pihak berkuasa dijangka selesai apabila sebuah balai polis bakal beroperasi di kawasan itu, tidak lama lagi.

Kini, peniaga dan orang ramai yang sering berurusan di kawasan itu boleh menarik nafas lega apabila sebuah balai polis diwujudkan di kawasan itu untuk melindungi mereka daripada kegiatan jenayah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat berkata, balai polis yang sedang dalam pembinaan itu akan mula beroperasi mulai pertengahan Ogos ini.

Menurutnya, bangunan tiga unit rumah kedai yang dijadikan sebagai balai polis itu akan beroperasi dengan kekuatan 47 anggota, diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Cif Inspektor.

“Buat masa ini, kita menyewa bangunan kedai ini untuk tempoh tiga tahun dan penggunaan premis ini bergantung kepada kontrak,” katanya selepas merasmikan peletakan papan tanda balai polis itu di Lorong Haji Taib 5, Chow Kit di sini semalam.

Jelaing yakin dengan kehadiran polis di kawasan itu, masalah-masalah terutamanya dadah dan jenayah sosial di kawasan itu dapat dibendung.

Ditanya mengenai kelewatan pembukaan balai itu walaupun cadangannya telah dikemukakan oleh Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri tiga tahun lalu, beliau berkata: “Sebenarnya, kita memerlukan masa untuk mencari tapak dan balai polis ini pun kita hanya menyewa bangunan yang sedia ada.”

Sementara itu, rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia menyambut baik pembukaan balai polis itu walaupun ia masih dalam proses pengubahsuaian.

Seorang peniaga beg, Widiastuti Zainal, 27, menyifatkan pembukaan balai polis itu sebagai satu nilai tambah selain meningkatkan aspek keselamatan bagi peniaga kawasan itu.

Beliau berkata, kawasan itu sering dipandang jijik kerana dikaitkan dengan aktiviti pelacuran.

“Keadaan itu menyebabkan pelanggan semakin berkurangan terutamanya pada waktu lewat petang kerana tempat ini dibanjiri pelacur.

“Saya amat berharap dengan adanya balai polis ini, masalah-masalah sedemikian dapat diatasi,” ujarnya.

Seorang pekerja kedai kain, Mohd. Yusof Harun, 43, pula berkata, masalah utama di kawasan Chow Kit adalah kehadiran golongan pondan.

“Kehadiran mereka bukan saja memberi pandangan buruk kepada persekitaran malah memberi pandangan negatif kepada pelancong asing yang mahu membeli belah di sini,” jelasnya.

Ina Darwis, 41, yang merupakan seorang pemilik kedai kain sejak setahun lalu berkata, wujud golongan samseng yang bekerja sebagai pengawal peribadi pondan menyebabkan para peniaga di situ bimbang untuk bersuara.

” Cuba lihat, sekarang baru pukul 4.30 petang, tetapi semua (pondan) sudah berkumpul di tepi-tepi bangunan untuk mencari pelanggan.

“Saya cukup berterima kasih kepada polis dan kerajaan kerana keprihatinan mereka untuk mewujudkan sebuah balai polis di sini,” ujarnya.

(Sumber: Utusan Malaysia)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: