DBKL beri jaminan bina jejantas di PPR Raya Permai, Sungai Besi

KUALA LUMPUR 3 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan akan membina sebuah jejantas berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi bagi memudahkan penduduk di kawasan itu melintas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL telah pun meneliti keperluan pembinaan jejantas berkenaan dan telah memanjangkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk diputuskan.

Katanya, pihak kontraktor telah pun dilantik untuk memulakan pembinaan jejantas berkenaan namun tarikh pembinaan masih belum dapat dipastikan.

“Memandangkan pembinaan jejantas berkenaan telah lama tertangguh jadi pada kali ini saya memberi jaminan bahawa pembinaan jejantas tersebut akan dipercepatkan, walaupun LLM tidak memberikan maklum balas, memandangkan ia melibatkan nyawa penduduk di kawasan itu.

“Justeru, saya berharap penduduk bersabar dan berhati-hati melintas sementara menunggu jejantas berkenaan siap dibina tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini di pejabatnya di Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini tentang rungutan hampir 10,000 penduduk di sekitar Jalan Landai Permai, Sungai Besi apabila terpaksa bersabung nyawa untuk menyeberang lebuh raya berdekatan.

Penempatan penduduk bersebelahan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang sentiasa sibuk dengan kenderaan terutama pada awal pagi dan lewat petang menyebabkan pengguna lalu lintas terdedah kepada risiko kemalangan.

Penduduk mendakwa terdapat sebuah papan tanda berhampiran jalan berkenaan yang memaklumkan tentang rancangan DBKL untuk membina sebuah jejantas berhampiran kawasan tersebut namun sehingga kini pembinaannya masih belum dilaksanakan.

Ahmad Fuad menambah, pembinaan jejantas berkenaan terlewat dilaksanakan memandangkan ia memerlukan perancangan teliti dan kerjasama pihak LLM memandangkan kawasan tersebut turut menjadi kepunyaan kawasan mereka.

Namun begitu, ujarnya, beliau percaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya percaya jejantas ini akan dibina tidak lama lagi dan penduduk dapat menikmati kemudahan tersebut tanpa perlu bertarung nyawa untuk melintas.

“Namun saya amat berharap penduduk menggunakan jejantas tersebut apabila ia siap kelak dan jangan pula memberi alasan tidak mahu naik tangga dan sebagainya,” tegasnya.

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
kota@utusan.com.my
(sumber: Utusan Malaysia)

  1. There is obviously a lot to know about this. I think you made some good points in Features also.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: