Raja Nong Chik: Kampung Padang Balang tidak dipinggir

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik, berkata Kampung Padang Balang, kampung tradisi Melayu di daerah Gombak, di sini, tidak akan diketepikan dalam program pembangunan kerajaan.

“Kerajaan akan pastikan kawasan itu tidak akan ketinggalan sebagai kawasan membangun,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran kerja pembinaan pojek jalur lebar berkelajuan tinggi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Yang paling utama, kepentingan masyarakat di situ, kita tak akan abaikan. Yang kedua, pembangunan akan diberikan juga kepada kawasan itu dalam draf perancangan akan datang supaya kawasan itu tidak tertinggal,” katanya.

Beliau berkata, enam tuntutan utama yang dikemukakan penduduk kampung itu untuk dimasukkan dalam pelan pembangunan kawasan berkenaan masih dalam kajian dan keputusan hanya dibuat pada Ogos ini.

Menyentuh mengenai salah faham penduduk dengan kenyataan yang dibuat Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, mengenai kedudukan penduduk kampung itu, Raja Nong Chik berkata, beliau sendiri sudah ke Kampung Padang Balang memaklumkan kebanyakan penduduk kampung itu penduduk kampung tradisi dan kampung rizab Melayu, tetapi kampung berdekatan adalah setinggan.

Raja Nong Chik turut mengarahkan pegawai DBKL mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Padang Balang untuk memberi penjelasan mengenai salah faham berhubung isu hak milik tanah penduduk di kawasan itu serta pengunaan istilah peneroka bandar.

(Sumber: Harian Metro)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: