UMNO perlu pulih kredibiliti

KUALA LUMPUR 15 Mei – UMNO akan ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang sekiranya barisan kepimpinan serta ahli-ahlinya itu gagal memulihkan semula kredibiliti parti tersebut di mata masyarakat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, keadaan parti boleh menjadi semakin parah jika persepsi negatif serta semangat kebencian yang ditanam oleh pihak pembangkang selama ini gagal diurus dengan baik oleh pemimpin dan ahli UMNO.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan kepada semua pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak mengetepikan Islam dalam perjuangan kerana tindakan itu boleh mengakibatkan kenikmatan yang dikecapi akan dicabut oleh Allah SWT.

“Realitinya UMNO sekarang bukan berada di dalam zon selesa berbanding sebelum ini berikutan berlaku perubahan kepada landskap politik negara. Dahulu jika kita letak songkok di Lembah Pantai pun, calon BN atau UMNO boleh menang tetapi sekarang ia tidak akan berlaku.

“Kita harus ingat pandangan masyarakat kepada UMNO akan berakhir sekiranya kita lambat berubah. Mahu tidak mahu UMNO perlu berubah, perlu melalui proses transformasi supaya UMNO terus relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut.

Berucap lebih lanjut Ahmad Zahid berkata, dua pemimpin tertinggi UMNO iaitu Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi contoh terbaik dalam mereka berusaha mengembalikan semula imej baik UMNO.

“Mereka tanpa rasa penat lelah dan jemu menemui rakyat mendengar masalah mereka dan seterusnya menyelesaikan masalah mereka. Sikap yang ditunjukkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah diikuti dan disahut.

“Jangan biarkan pemimpin kita keseorangan dalam melakukan tugas-tugas ini. Kita sebagai pemimpin bawahan hendaklah sama-sama menyokong dengan turut serta menemui rakyat,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, media arus perdana sama ada media cetak dan elektronik telah menjalankan tugas dengan baik apabila melaporkan berita secara benar dan tepat.

Sumber: Utusan Malaysia

About these ads
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: